PUTRAJAYA: McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia.
Pembayaran bagi tahun 2021 itu menandakan kali kelima McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan dan terbesar jumlahnya, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, bayaran zakat itu adalah usaha pihaknya menyumbang semula kepada masyarakat selain menjadi nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun zakat.
“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat memerlukan.
“Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami.
“Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia Peringkat Nasional 2021, di sini, pada Selasa.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Dalam pada itu, tambah Azmir, pihaknya akan terus mengembangkan perniagaan di seluruh negara selain komited menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Semenjak lima tahun lepas sahaja kita sudah melabur lebih RM400 juta, tahun hadapan sahaja, kita akan melabur RM250 juta untuk membuka 35 restoran baharu, dengan visi 500 buah restoran dibuka pada 2026. Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Malaysia.
“Manakala, keseluruhan zakat semenjak lima tahun lepas adalah sebanyak RM6.5 juta, dan pada tahun-tahun mendatang, kita akan terus menunaikan zakat yang menjadi tanggungjawab dan jumlahnya akan lebih tinggi,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Thu Nov 18 2021
Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Nasional 2021, di McDonalds Putrajaya Presint 2, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim
"Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan."
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.
Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan
Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan | Dagang News
McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta
Pembayaran bagi tahun 2021 itu menandakan kali kelima McDonald's Malaysia membayar zakat perniagaan dan terbesar jumlahnya.
McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot
McDonald's Malaysia berkata mereka adalah 'kambing hitam' kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.
McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot
McDonald's Malaysia meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam keselamatan pekerjanya.
McDonald's Malaysia akan siasat kes penghantaran palsu
McDonald's Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang lelaki OKU.
Jerebu: Larian Hari Olimpik Ahad ini ditunda
Keputusan menangguhkan acara tahunan itu diputuskan selepas berunding dengan penganjur bersama, McDonald's Malaysia.