KUALA LUMPUR: Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berserta sembilan Menteri Ekonomi ASEAN dijadual merangka Rancangan Kerja Ekonomi Serantau bagi 2022 dalam Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-28 secara maya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
"Di bawah tema 'ASEAN A.C.T.: Addressing Challenges Together,' Kemboja selaku Pengerusi ASEAN bagi 2022 akan membentangkan 19 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) yang bertunjangkan empat teras iaitu Meningkatkan Kesalinghubungan Digital, Sains dan Teknologi; Mengurangkan Jurang Pembangunan Daya Saing ASEAN; Menggalakkan ASEAN yang lebih Bersepadu, Inklusif, Berdaya Tahan dan Berdaya Saing serta Memperkasa Pembangunan dan Pertumbuhan ASEAN di Peringkat Global," katanya.
MITI juga menyifatkan PED yang dicadangkan oleh Kemboja sebagai bertepatan dengan agenda pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh ASEAN.
"Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dijangka menyokong kesemua PED tersebut di samping mengesyorkan hala tuju pelaksanaannya," katanya.
Pada masa sama, barisan menteri-menteri terbabit juga dijangka melancarkan Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).
"Selepas lebih sedekad pelaksanaannya, cadangan untuk menambah baik perjanjian ini yang juga salah satu PED ASEAN bagi 2022, adalah tepat pada masanya untuk memastikan ATIGA terus relevan dalam memacu rantau ASEAN menjadi ekonomi yang lebih bersepadu.
"Ini penting bagi ASEAN untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi serantau yang berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Barisan menteri-menteri terbabit juga dijangka melancarkan Rundingan Penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA). - Foto REUTERS
Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Kementerian Sumber Manusia menggalakkan majikan media mencarum untuk petugas sambilan bagi melindungi keselamatan mereka. Setakat tahun lepas, 700 wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah mencarum.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan
Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan memperbaharui Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, dan Akta Keterangan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.
Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Seorang pemandu kereta ditahan selepas merempuh penunggang motosikal yang berteduh di lorong kecemasan di Lebuhraya KL-Seremban.
Penduduk Jepun siap sedia hadapi kemungkinan letusan Gunung Fuji
Satu panel yang dilantik oleh kerajaan Jepun mengeluarkan laporan yang menggariskan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku letusan besar Gunung Fuji, yang boleh mengakibatkan penyebaran abu vulkanik dalam jumlah besar.
12 maut, 4 cedera dalam kemalangan van di Nuevo Leon, Mexico
Sebanyak 12 orang maut dan 4 lagi cedera selepas sebuah van terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di Nuevo Leon, Mexico, sebelum terbakar dan mencetuskan kebakaran hutan. Beberapa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang lain disahkan maut di hospital. Pihak berkuasa mengerahkan sebuah helikopter untuk membantu usaha memadamkan api yang merebak pantas di hutan kering, dengan kira-kira dua hektar kawasan hangus sebelum kebakaran berjaya dikawal.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.
Erdogan kecam protes penahanan Datuk Bandar Istanbul, tuduh sebagai ‘gerakan keganasan’
Penahanan Imamoglu mencetuskan protes terbesar di Turki dalam lebih sedekad. Erdogan menegaskan parti pembangkang akan dipertanggungjawabkan atas kecederaan polis dan kerosakan harta benda.
Hamas terbit video tebusan Israel di tengah ketegangan Gaza
Hamas menerbitkan video dua tebusan Israel, Elkana Bohbot dan Yosef-Haim Ohana, seminggu selepas rundingan gencatan senjata dengan Israel gagal. Video itu menunjukkan mereka merayu untuk dibebaskan sambil berbicara dengan bekas tebusan, Ohad Ben Ami.
EU sokong pihak berkuasa Palestin mentadbir Gaza
EU menyokong Pihak Berkuasa Palestin sebagai pihak yang paling sesuai untuk mentadbir Gaza. Kaja Kallas mengutuk penyambungan semula perang di Gaza dan menyokong gencatan senjata. Beliau juga menegaskan bahawa keganasan oleh peneroka dan pembinaan penempatan baharu melemahkan prospek penyelesaian dua negara.
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir

Menteri ekonomi ASEAN cadang perkenal sijil vaksin digital bersama - Azmin
Tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.