Skip to main content

Malaysia

Dua beradik rentung di Sik dikenal pasti

Mangsa dua beradik rentung dikenal pasti sebagai Aishah Umairah Abdul Latif, 16 bulan dan abangnya, Mohd Raifal Abdul Latif, 3 tahun. -Foto Sinar Harian
Mangsa dua beradik rentung dikenal pasti sebagai Aishah Umairah Abdul Latif, 16 bulan dan abangnya, Mohd Raifal Abdul Latif, 3 tahun. -Foto Sinar Harian

Ringkasan AI

  • Dua beradik berusia 16 bulan dan tiga tahun rentung dalam kebakaran di pejabat pengurusan berhampiran stor LPG di Kampung Teloi Tua, Sik.
  • Kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu mereka dan menumpang di rumah datuk yang bekerja sebagai kelindan lori tong gas.
  • Punca kebakaran masih disiasat oleh PDRM dan JBPM, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Advertisement

SIK: Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di sebuah pejabat pengurusan bersebelahan pusat penyimpanan tong Gas Petroleum Cecair (LPG) di Kampung Teloi Tua, di sini, awal pagi Sabtu dikenal pasti sebagai Aishah Umairah Abdul Latif yang berusia 16 bulan serta abangnya, Mohd Raifal Abdul Latif, tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintenden Shamzury Saman, berkata siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu tinggal bersama ibu mereka yang berusia 23 tahun dan tidak bekerja.

Beliau berkata keluarga berkenaan menumpang sementara di rumah datuk mangsa yang terletak berhampiran lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.

Advertisement

"Datuk mangsa yang berusia 42 tahun bekerja sebagai kelindan lori tong gas berada di bilik lain kira-kira 50 meter dari tempat kejadian ketika kebakaran berlaku," katanya.

Shamzury berkata punca kebakaran masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan.

Advertisement

Menurutnya, pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menjalankan pemeriksaan lanjut di lokasi bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Must Watch Video

Advertisement