awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat IMF-World Bank bincang pembangunan ekonomi dan pembangunan dunia

Bernama
Bernama
12/10/2015
05:00 MYT
Mesyuarat IMF-World Bank bincang pembangunan ekonomi dan pembangunan dunia
Datuk Johari Abdul Ghani (gambar) mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Bank Dunia-IMF itu selain Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Komanwel dan Mesyuarat Gabenor-Gabenor Bank Pusat. -Gambar fail
Mesyuarat Tahunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang berlangsung dari 7 hingga 10 Okt di Lima, Peru, membincangkan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa yang menjejaskan ekonomi dunia.
Mesyuarat itu turut membincangkan sistem kewangan antarabangsa dan kemajuan agenda pembangunan dunia, termasuk pembasmian kemiskinan.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Tahunan Bank Dunia-IMF itu selain Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Komanwel dan Mesyuarat Gabenor-Gabenor Bank Pusat.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan berkata isu yang membimbangkan dunia, termasuk perubahan iklim, penjagaan kesihatan, pengurusan risiko bencana dan pentingnya penerokaan kaedah inovatif dalam pembangunan infrastruktur kewangan bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan, selain usaha bagi merealisasikan matlamat pembangunan mampan 2030 (SDG), dibincangkan secara aktif.
Sementara itu, Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Komanwel dan Mesyuarat Gabenor-Gabenor Bank Pusat 2015 bertema 'menangani isu-isu utama dunia: memastikan penyampaian agenda pasca 2015', membincangkan usaha bagi mencapai SDG Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi membasmi kemiskinan, menangani ketidaksaksamaan dan ketidakadilan, selain menangani isu-isu perubahan iklim menjelang 2030 dalam kalangan negara Komanwel.
Selain itu, mesyuarat memberi tumpuan kepada isu-isu percukaian antarabangsa dan sumber pembiayaan baharu bagi membiayai pembangunan infrastruktur, kata kenyataan itu.
Johari turut menyertai menteri-menteri kewangan ASEAN dan gabenor menemui Pengarah Urusan IMF.
Mesyuarat itu membincangkan impak penguncupan ekonomi dunia ke atas negara ASEAN dan langkah kolektif yang boleh dilaksanakan bagi menangani risiko.
Mesyuarat itu turut mengetengahkan keperluan ekonomi ASEAN untuk meneruskan kerjasama dalam mengekalkan daya tahan ekonomi serantau.
Timbalan Menteri itu turut menemui agensi-agensi penarafan antarabangsa, S&P dan Moody’s bagi mengemas kini perkembangan ekonomi dan kewangan semasa dalam negara selain mengambil langkah bagi menangani cabaran, katanya.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#IMF
#JOHARI ABDUL GHANI
#SDG
#sistem kewangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan