MARK Zuckerberg hari ini berkongsi paparan web Threads yang sedang dalam fasa ujian, yang memperlihatkan menawarkan rekaan dan ciri-ciri seumpama Tweetdeck sebelum ini.

Dengan langkah ini, pengguna juga boleh memantau perkembangan pelbagai topik semasa, carian, interaksi akaun dan sebagainya melalui satu paparan – yang dikemas kini secara masa nyata, tanpa perlu memuatkan semula laman sepanjang masa.

Pihak Threads menyatakan buat masa ini ia masih pada peringkat ujian terhad, dan melibatkan sejumlah pengguna sahaja.

Tidak diketahui bilakah ciri ini akan diperluaskan dan tidak mustahil akan menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakannya, terutamanya agensi pemasaran dan sebagainya. -Amanz