MIDF Research hari ini menaikkan saranan bagi Astro Malaysia Holdings Bhd daripada 'neutral' kepada 'beli' dan menyemak semula harga sasarannya kepada RM1.74 daripada RM1.50 sesaham.
Ia juga menyemak semula dengan meningkat unjuran pendapatan bagi tahun kewangan 2020 dan tahun kewangan 2021 sebanyak 1.9 peratus dan 0.3 peratus tahun ke tahun masing-masing kepada RM626.7 juta dan RM633.2 juta, memandangkan potensi penjimatan kos dan kenaikan pendapatan daripada penamatan penyiaran Televisyen (TV) analog, yang boleh memanfaatkan Astro.
MIDF Research berkata purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) bagi TV berbayar menunjukkan peningkatan dan melihat bahawa ia melalui penggunaan tinggi daripada platform Video On Demand (VOD) dan Over the Top (OTT) meskipun penurunan dalam hasil langganan TV berbayar.
"Kami juga melihat inisiatif rasionalisasi kos syarikat yang sedang dilaksanakan mampu menyokong momentum pendapatan pada masa hadapan.
"Kami percaya kos rendah itu disebabkan terutamanya fokus kumpulan kepada kandungan tempatan dan rasionalisasi tenaga kerja pada suku keempat 2019," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.
Selain itu, ia berkata Astro terus mengukuhkan platform TV berbayar dan penstrimannya dengan kandungan premium yang lebih menarik menerusi kerjasama eksklusif dengan HBO Go and iQIYI.
"Kami melihat ini akan berfungsi sebagai faktor pembezaan utama bagi pengguna untuk memilih platform NJOI dan penstriman Astro berbanding MYTV semasa penamatan penyiaran TV analog yang dijangkakan pada suku ketiga 2019.
"Ditambah dengan penggabungan kandungan jalur lebar dengan Maxis, kami berpandangan ini akan membawa kepada pertumbuhan pendapatan bagi Astro pada masa depan," kata MIDF Research.
BACA: ASTRO catat peningkatan PATAMI kepada RM176 juta bagi Q1FY20
Semalam, Astro mengumumkan keuntungan bersihnya berjumlah RM176.19 juta bagi suku pertama yang berakhir 30 April, 2019 hampir tidak berubah berbanding RM174.72 juta dalam suku yang sama setahun lalu.
Hasil bagi suku semasa sebanyak RM1.23 bilion adalah rendah sebanyak RM76.5 juta atau 5.8 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya pada RM1.31 bilion berikutan penurunan hasil langganan.
Sementara itu, pendapatan normalnya meningkat sedikit sebanyak 2.8 peratus kepada RM184.0 juta.
Pada 10.27, saham Astro tidak berubah pada RM1.51 dengan 236,200 unit bertukar tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2019
Astro terus mengukuhkan platform TV berbayar dan penstrimannya dengan kandungan premium yang lebih menarik menerusi kerjasama eksklusif dengan HBO Go and iQIYI.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
MIDF naikkan saranan Astro kepada "beli", tingkatkan harga sasaran kepada RM1.74
MIDF Research hari ini menaikkan saranan bagi Astro Malaysia Holdings Bhd daripada 'neutral' kepada 'beli' dan menyemak semula harga sasarannya kepada RM1.74 daripada RM1.50 sesaham.