awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIHAS 2022 pacu, rancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal

Eton Khir
Eton Khir
07/09/2022
16:42 MYT
MIHAS 2022 pacu, rancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal
MIHAS 2022 merupakan platform terbaik untuk pemain tempatan memasarkan produk serta perkhidmatan halal masing-masing kepada para pembeli global.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meneruskan misinya untuk terus merangsang pertumbuhan perdagangan rentas sempadan dengan menganjurkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE, Abu Bakar Yusof berkata, acara terulung itu memanfaatkan alat-alat digital bagi membantu pemain tempatan memasarkan produk serta perkhidmatan halal masing-masing kepada pembeli global.
“MIHAS 2022 akan membantu usahawan-ushawan mikro kecil seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meninjau peluang dan mengambil bahagian di dalam rangkaian bekalan eksport produk halal di luar negara sekali gus memperkukuhkan daya saing mereka di pasaran global,” katanya kepada Astro AWANI pada baru-baru ini.
Pada masa sama, Abu Bakar berkata minat dan penyertaan yang lebih menggalakkan dalam pasaran halal yang kian berkembang merupakan satu petanda positif daripada pameran tahun ini.
“Tahun ini adalah tahun yang ke-18 MATRADE akan menganjurkan pameran MIHAS sejak dari tahun 2004. Sebenarnya impak kepada ekonomi negara dan rantau Asia adalah dapat kita lihat dari tahun ke tahun terdapat peningkatan produk halal kita.
“Selain itu, impaknya pada tahun ini adalah dijangkakan pengeksport produk halal Malaysia ke pasaran global akan mencecah nilai RM40 bilion dan itu merupakan impak secara terus kepada ekonomi negara serta akan terus menyumbang dengan lebih baik,” katanya.
Pameran halal terbesar di peringkat antarabangsa, MIHAS 2022 disasarkan menarik penyertaan 1,200 pempamer yang terdiri daripada syarikat tempatan yang mempromosikan produk halal, selain 250 pembeli luar negara yang dikumpulkan melalui rangkaian 46 pejabat MATRADE di seluruh dunia serta lima pembeli premium.
Terdahulu, MIHAS berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 September lalu dan diadakan serentak secara digital di pentas global.
Niaga AWANI: MIHAS 2022 | Merancakkan momentum pertumbuhan ekonomi halal
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Topic Berkaitan
#MIHAS 2022
#Matrade
#Pameran Halal Antarabangsa Malaysia
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan