awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
01/07/2022
04:00 MYT
Mini KUD platform usahawan perkasa produk tempatan
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (dua kiri) ketika melawat pameran dan gerai sempena Mini KUD bertempat di Dataran Orang Kaya Haji. - Astro AWANI
LIPIS: Usahawan luar bandar perlu menjadikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) sebagai platform meneroka peluang pasaran baharu yang lebih luas.
Timbalan Menteri Satu Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, mini KUD anjuran KPLB dilihat sebagai medium bagi mewujudkan akses pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.
"Program Mini KUD ini antara inisiatif KPLB bagi melahirkan usahawan luar bandar yang lebih cekap mengurus perniagaan menerusi bimbingan dan kursus yang dilaksanakan di bawah KPLB.
"Program ini juga menyasarkan penyertaan dari kementerian dan agensi yang menyediakan program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pameran dan gerai sempena Mini KUD bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, di sini, semalam
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, program empat hari bermula semalam hingga 3 Julai disertai enam agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (Mara), Felcra Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
"Penganjuran kali kedua mini KUD ini berjaya mengumpulkan 130 usahawan termasuk penjual masakan panas, penjaja keci, usahawan 'food truck' dari pelbagai agensi di bawah KPLB dan usahawan tempatan di bawah kelolaan Majlis Daerah Lipis (MDL).
"Kita menyasarkan 20,000 pengunjung hadir dengan sasaran jualan RM200,000 sepanjang empat hari ia berlangsung.
"Program ini juga dimeriahkan lagi dengan penggunaan baucer penggalak jualan yang keseluruhannya bernilai RM5,000 yang diberi secara percuma kepada pengunjung yang hadir," katanya.
Topic Berkaitan
#Mini KUD
#Karnival Usahawan Desa
#peluang pasaran baharu
#Abdul Rahman Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan