KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion pelaburan langsung asing (FDI) daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu, diketuai oleh Menteri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
Kementerian itu berkata beberapa syarikat termasuk INV New Material Technology, Agrocorp dan SIA Engineering Company secara kolektif komited untuk melabur RM7 bilion di Malaysia dan pelaburan itu dijadual dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
"INV New Material Technology ialah anak syarikat Senior International (Singapore) and Shenzhen Senior Technology Material dan syarikat induknya ialah perusahaan terkemuka dalam industri pemisah bateri litium di China," kata MITI dalam satu kenyataan.
Katanya, INV New Material Technology merancang untuk membina kemudahan pembuatan tercanggih untuk menghasilkan pemisah bateri untuk kenderaan elektrik (EV).
MITI berkata kemasukan satu lagi pengeluar komponen EV utama adalah rangsangan besar bagi matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk menjadikan Malaysia hab serantau bagi industri EV, dan pelaburan ini juga dijangka mewujudkan sehingga 4,000 pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Sementara itu, kementerian turut menambah Agrocorp, firma komoditi pertanian global yang berpengkhususan dalam penjualan produk makanan ruji seperti gandum, kekacang dan beras kepada pengeluar makanan terkemuka di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah, merancang untuk menubuhkan kemudahan di Johor untuk mengeluarkan bahan ramuan makanan berasaskan tumbuhan.
Agrocorp mula menjalankan perdagangan komoditi pertanian pada tahun 1990 dan sejak itu telah berkembang untuk mencapai perolehan lebih AS$3 bilion (AS$1=RM4.68), mengendalikan lebih daripada 30 produk komoditi pertanian di 50 negara.
Dalam pada itu, sebuah lagi syarikat tersenarai Singapura, SIA Engineering Company (SIAEC) yangpakar dalam perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di rantau Asia-Pasifik, juga telah memulakan beberapa pelaburan termasuk aktiviti pembaikan komponen dan penyelenggaraan talian sebagai sebahagian daripada rancangan pertumbuhannya di rantau ini.
SIAEC mempunyai pangkalan pelanggan lebih daripada 80 syarikat penerbangan antarabangsa dan pengeluar peralatan aeroangkasa. Syarikat itu berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebahagian daripada rangkaian MRO mereka.
Menurut Tengku Zafrul, pengumuman pelaburan komited berjumlah RM7 bilion baru-baru ini dari republik itu adalah bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan dan mencerminkan hubungan yang terjalin lama serta saling menguntungkan antara Malaysia dan Singapura dalam perdagangan dan pelaburan.
"Malaysia sentiasa properdagangan, properniagaan dan propelaburan dan kita komited dalam memperhalusi proses pelaburan, memastikan pelabur, tempatan dan asing, mempunyai pengalaman yang lancar apabila mereka memilih Malaysia.
"Kita mahu memudahkan prosedur, menawarkan insentif menarik, dan menyediakan persekitaran kawal selia yang stabil dan telus," tambahnya.
Tengku Zafrul berkata kementerian dan agensinya seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), akan terus mendapatkan pelaburan berkualiti tinggi, strategik dan mampan yang bukan sahaja akan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia serta meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan baru.
Semasa misi perdagangan, delegasi MITI turut mengadakan pertemuan dengan wakil dari A.P. Moller - Maersk, sebuah syarikat logistik kontena bersepadu yang beribu pejabat di Copenhagen, yang beroperasi di 130 negara dan menggaji kira-kira 100,000 orang di seluruh dunia.
Maersk kini sedang meninjau tapak untuk mengembangkan hab logistiknya di Malaysia melalui lebih 10 projek infrastruktur logistik pintar strategik.
Syarikat itu telah memulakan operasinya di Malaysia sejak 1974, dan hari ini, ia menggaji lebih 1,100 kakitangan.
Misi pelaburan ini, yang disertai pegawai kanan MITI dan MIDA, merupakan satu pencapaian penting ke arah merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi hab inovasi global berteknologi tinggi dengan ekosistem pelaburan yang berdaya tahan dan mampan.
Kementerian itu berkata sejumlah RM13 bilion pelaburan komited sebelum ini diperoleh daripada misi pelaburan pertama ke Singapura pada Januari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Menurut Tengku Zafrul, pengumuman pelaburan komited berjumlah RM7 bilion baru-baru ini dari republik itu adalah bukti daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan. - Gambar fail/Bernama
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.