KUALA LUMPUR: Kerajaan harus mencari jalan untuk mewujudkan skim pencen awam bagi mengatasi isu miskin persaraan yang bakal dihadapai sebahagian besar populasi Malaysia.
Menurut Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, skim ini boleh diwujudkan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk golongan B40.
"Dijangkakan 85 peratus rakyat Malaysia akan berdepan kemiskinan pada usia emas. Saya melihat apa yang boleh dilakukan adalah mungkin mewujudkan satu sistem skim pencen universal atau pencen awam.
"Sekarang kita lihat pencen hanya melibatkan kakitangan kerajaan, tetapi boleh tak kita wujudkan pencen untuk golongan awam, golongan miskin B40 yang bersara ini supaya mereka sekurang kurangnya ada wang minimum untuk menampung kos seharian mereka.
"Pencen ini boleh wujudkan dalam salah satu skim di bawah KWSP sebab dengan aset melepasi RM1 trilion boleh diwujudkan satu peruntukan untuk pemberian pencen kepada mereka yang memang tidak dapat mewujudkan jumlah simpanan cukup apabila bersara nanti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ahmed Razman berkata skim ini penting kerana berdasarkan unjuran KWSP, jumlah wang persaraan yang selesa adalah sekitar RM240,000.
Namun jika dikira untuk tempoh 20 tahun persaraan, ia hanya memberikan ruang RM1,000 sebulan untuk mereka berbelanja, jumlah yang amat kecil dan belum dicampur dengan kenaikan inflasi.
Tambahnya lebih menyukarkan kerana berdasarkan tangga gaji sedia ada, amat sukar untuk sebahagian besar rakyat Malaysia untuk mempunyai simpanan yang mencukupi melalui KWSP.
Beliau berkata penyelesaian luar kotak harus dilaksanakan memandangkan Malaysia bakal mempunyai sekitar 14 peratus populasi warga emas berusia 65 tahun ke atas di masa depan berbanding hanya 7 peratus ketika ini.
Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir melahirkan kegusaran mengenai risiko majoriti pencarum berkemungkinan menjalani hari tua dalam kemiskinan kerana pengeluaran akibat COVID-19 memburukkan keadaan menyebabkan jumlah simpanan mereka tidak mencukupi.
Beliau berkata, pada masa ini 48 peratus pencarum KWSP di bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal.
Katanya, ini peningkatan 28 peratus ahli KWSP yang mempunyai simpanan amat kritikal berbanding sebelum pandemik.
"Dengan jangka hayat rakyat Malaysia mencapai usia 75 tahun dan ahli KWSP mula mengeluarkan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun, simpanan yang ada perlu mencukupi untuk sekurang-kurangnya 20 tahun.
"Dalam perkara ini, dengan simpanan median kesemua ahli KWSP di bawah 55 tahun berjumlah RM13,000, bermaksud RM54 sebulan untuk tempoh persaraan mereka," katanya.
Sementara itu Ahmed Razman pada masa sama berkata pengurangan wang simpanan persaraan pencarum bukan sahaja terjejas akibat pengeluaran melalui i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar, namun ramai yang mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka bagi menampung kos perubatan.
"Pengeluaran dengan maksud membiayaai kos rawatan kesihatan meningkat dua kali ganda sejak 15 tahun lepas untuk penyakit kritikal seperti kanser dan jantung.
"74 peratus rakyat membayar kos perubatan dengan wang sendiri dan sebab itu mereka susah," katanya.
Najib Aroff
Wed Nov 24 2021
Ahmed berkata skim ini boleh diwujudkan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khusus untuk golongan B40. - Foto Facebook/Ahmed Razman Abdul Latiff
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
'Kenaikan gaji minimum tahun depan dijangka rangsang sektor pengguna'
UOBKH Research berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.
KWSP jadi pemegang unit penting dalam KIP REIT selepas pegang enam peratus kepentingan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menjadi pemegang unit penting dalam Amanah Pelaburan Hartanah KIP (KIP REIT) berikutan kejayaan pelaksanaan penempatan persendirian kumpulan itu baru-baru i
Lebih dua juta ahli aktif KWSP capai simpanan asas - MOF
Jumlah tersebut adalah perbandingan daripada 2.21 juta atau 30.4 peratus daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
KWSP kini memiliki 5.99% pegangan saham dalam Mega First Corporation
KWSP, melalui Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, memperoleh 10 juta saham Mega First pada 2 Dis.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
KWSP catat pendapatan pelaburan RM19.67 bilion pada suku ketiga
Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.