KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus memperkukuh daya saing negara dengan memajukan aspek kerumitan ekonomi serta memupuk ekosistem perindustrian yang mantap dengan meningkatkan inovasi untuk terus memacu prestasi perdagangan negara yang positif.
Ketika menegaskan komitmen itu, Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata MITI akan turut mempertingkat aspek keterangkuman menerusi usaha mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan menggalakkan peluang menyertai rangkaian bekalan serantau serta global.
"Malaysia di landasan tepat untuk mendapatkan lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi dan berintensifkan modal dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi selain menjadi penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini," katanya dalam ciapan Twitter beliau, hari ini.
Pada Jumaat lepas, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan kejayaan Malaysia menarik pelaburan diluluskan bernilai RM123.3 bilion (AS$28.0 bilion) dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama bagi separuh pertama 2022.
Jumlah itu melibatkan sebanyak 1,714 projek yang dijangka dapat mewujudkan 57,771 pekerjaan.
Dalam kenyataannya, MIDA berkata pelaburan langsung asing kekal sebagai penyumbang utama aliran masuk pelaburan iaitu 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (AS$19.9 bilion) manakala pelaburan daripada sumber domestik pula menyumbang 29.1 peratus atau RM35.9 bilion (AS$8.2 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 04 2022
AZMIN: "Malaysia di landasan tepat untuk mendapatkan lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi dan berintensifkan modal dengan sektor perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi." - Gambar fail
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Syria akan hukum pelaku kekejaman era Assad
Pemimpin utama pejuang yang menggulingkan Bashar al-Assad menegaskan bahawa semua yang terlibat dalam penyeksaan atau pembunuhan tahanan semasa pemerintahan Assad akan dihukum tanpa pengampunan.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Abu Mohammed al-Golani menyatakan pihaknya akan memburu pelaku jenayah di Syria dan meminta negara-negara lain menyerahkan mereka yang melarikan diri agar keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.