awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perintis hak asasi AS Claudette Colvin meninggal dunia
MAHB perkenal Rimba sebagai usaha penambahbaikan berterusan di KLIA
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI: Malaysia perlu tingkatkan tarikan pelaburan industri bernilai tinggi

Bernama
Bernama
27/11/2015
08:14 MYT
MITI: Malaysia perlu tingkatkan tarikan pelaburan industri bernilai tinggi
Mustapa: Malaysia terus mendapat minat yang kukuh dalam pembuatan serta minat yang semakin bertambah dalam bidang baru seperti sektor perkhidmatan, tenaga dan teknologi makluma. -Foto Bernama
Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan dalam kalangan pelabur asing untuk menggalakkan pelaburan dalam industri-industri khusus bernilai tinggi yang menawarkan gaji lebih tinggi dan bidang pertumbuhan baharu, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata pelabur asing melihat asas-asas ekonomi dan jangka panjang Malaysia apabila membuat keputusan dalam pelaburan mereka di negara ini.
"Terdapat keperluan bagi pendekatan baru untuk menggalakkan pelaburan melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai pangkalan di luar negara dan syarikat milik asing yang besar, dalam usaha menjadikan Malaysia hab serantau," katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti misi perdagangan dan pelaburan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ke Seoul, Osaka dan Tokyo.
Misi itu, yang bermula pada 23 Nov, berakhir hari ini.
Mustapa berkata Malaysia akan menawarkan insentif pengurangan cukai kepada perusahaan asing yang beroperasi di Malaysia.
Malaysia mempunyai hubungan yang baik dalam ASEAN dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik boleh membuka lebih banyak peluang walaupun persekitaran ekonomi global yang mencabar dan sukar, katanya.
"Malaysia terus mendapat minat yang kukuh dalam pembuatan serta minat yang semakin bertambah dalam bidang baru seperti sektor perkhidmatan, tenaga dan teknologi maklumat," kata beliau.
Beliau juga menekankan bahawa Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada sebahagian besarnya didorong oleh komoditi seperti minyak dan gas kepada industri hiliran dan yang mempunyai nilai tambah.
Menurut beliau, Malaysia menyasar untuk menyelesaikan isu-isu yang telah menghalang pertumbuhan ekonomi dan sentimen pelabur asing.
Walaupun terdapat cabaran dan isu-isu politik dalam negara yang menjadi kebimbangan ramai orang, penunjuk ekonomi masih teguh dengan berdaya tahan serta ekonomi yang pelbagai, katanya.
"Sektor elektrik dan elektronik kita baik, dan petunjuk ekonomi seperti angka dagangan, akaun semasa dan imbangan perdagangan menunjukkan bahawa Malaysia merupakan ekonomi yang pelbagai dan tidak terjejas dengan teruk oleh penurunan harga minyak," kata beliau sambil menambah bahawa pelabur mencari peluang jangka panjang.
Mustapa berkata industri halal juga telah menarik banyak minat daripada pelabur Korea Selatan dan Jepun.
Kelemahan ringgit, katanya, tidak memberi kesan kepada eksport setakat ini.
"Kami berharap ringgit akan pulih," katanya.
Topic Berkaitan
#FDI
#Jepun
#MITI
#mustapa
#pelaburan
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan