awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI memudah cara kemasukan pelaburan pastikan projek bernilai tinggi dapat direalisasikan

Bernama
Bernama
19/10/2023
23:15 MYT
MITI memudah cara kemasukan pelaburan pastikan projek bernilai tinggi dapat direalisasikan
Tengku Zafrul berkata MITI melalui MIDA sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dalam memudah cara kemasukan pelaburan untuk memastikan projek-projek dengan potensi bernilai tinggi dapat direalisasikan.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata MITI melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan.
Katanya Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (TRACK) di MIDA turut komited untuk memastikan proses pelaksanaan projek berjalan lancar bagi menyumbang ke arah Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.
"Kerajaan juga telah mengambil pendekatan dalam membuat reformasi pentadbiran melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah MITI yang akan memastikan pelaburan terus antarabangsa dan domestik dan perdagangan dapat direalisasikan sesegera mungkin.
"Sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, JTPPP akan dipengerusikan oleh saya sendiri," katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Khamis.
Beliau berkata jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan MIDA sebagai ahli tetap manakala kementerian dan agensi berkaitan yang lain termasuk wakil kerajaan negeri akan dijemput mengikut keperluan.
Tengku Zafrul berkata status kemajuan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang dimeterai semasa lawatan kerjanya ke luar negara akan dilaporkan oleh JTPPP kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) secara berkala dan kepada media massa berdasarkan keperluan.
Katanya misi perdagangan dan pelaburan ke China pada 29 Mac hingga 3 April lepas dianggarkan meraih potensi pelaburan berjumlah RM170 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#potensi pelaburan
#mengikut keperluan
#bakal pelabur
#memberikan sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan