KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berjaya memperoleh potensi pelaburan bernilai RM23.07 bilion dan potensi eksport produk dan perkhidmatan ke Jepun bernilai RM2.1 bilion susulan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Tokyo dan Osaka yang baru sahaja berakhir.
Misi selama lima hari itu yang diketuai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dari 29 Mei hingga 2 Jun, 2023, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dan penyumberan pilihan di Asia Tenggara dengan penekanan utama kepada digital serta prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Beliau berkata MITI akan berusaha untuk merealisasikan pelaburan ini dengan segera bagi membantu Malaysia memanfaatkan trajektori pertumbuhan ekonomi global yang bertambah baik pada tahun-tahun akan datang.
"Apabila berjaya dilaksanakan kelak, projek ini bukan sahaja akan menjana prospek pekerjaan dan peluang latihan kemahiran bagi rakyat Malaysia tetapi juga memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita dalam rantaian bekalan domestik, menggalakkan pelaburan langsung domestik dan membangunkan lagi ekosistem industri strategik di negara kita.
"Kebanyakan pelaburan berpotensi ini sesuai terutamanya dengan sektor sasaran Dasar Pelaburan Baharu (NIP) seperti ekonomi digital, elektrik dan elektronik (termasuk peralatan perubatan) dan kimia atau petrokimia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"MITI juga akan berusaha untuk merealisasikan eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran Jepun, sambil turut memanfaatkan pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dianggotai Malaysia," kata Tengku Zafrul.
Potensi eksport yang dicapai ialah daripada sektor seperti tenaga dan kimia, minyak sawit, pembinaan dan bahan binaan, Makanan dan Minuman (termasuk industri halal), gaya hidup serta industri hijau dan lestari.
Tengku Zafrul juga bertemu dengan anggota Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) dan menggalakkan mereka menyertai ekspo perdagangan di Malaysia serta meminta untuk mempermudah penyertaan Malaysia dalam World Expo Osaka 2025.
Misi perdagangan dan pelaburan itu dijayakan oleh agensi MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadangan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Kata Tengku Zafrul, misi perdagangan dan pelaburan itu dijayakan oleh agensi MITI, MIDA dan MATRADE. - Gambar fail/Bernama
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 September 2023.

PM Anwar bertemu pemimpin industri, penggiat pasaran modal di New York
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan usaha giat kerajaan untuk menarik pelabur global dengan mengadakan pertemuan dengan pemimpin industri dan penggiat pasaran global.

Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan nilai tambah tinggi dengan kesungguhan politik - MITI
Malaysia mampu beralih ke sektor pembuatan yang memberi nilai tambah lebih tinggi sekiranya negara mempunyai kesungguhan politik dan kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta.

Kerajaan akan beri fokus bangunkan sektor EV - MITI
Liew Chin Tong berkata dasar-dasar berkaitan EV akan disemak setiap beberapa bulan untuk menyokong pertumbuhan subsektor ini.

Malaysia catat RM132.6 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2023 - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjangka mencatat pertumbuhan lebih kukuh pada separuh kedua 2023.

Misi pelaburan MITI ke Singapura raih FDI berjumlah RM20 bilion- Tengku Zafrul
MITI telah meraih sejumlah RM20 bilion pelaburan komited dari Singapura sejak Januari 2023, dengan yang terkini RM7 bilion FDI daripada pelabur melalui misi pelaburan baru-baru ini ke negara itu.

KBS tamatkan penglibatan peserta Felo Perdana kemuka sijil tidak tulen
Pelajar itu telah menyenaraikan beberapa pencapaian, namun sijil yang dikemukakan bagi satu daripadanya adalah tidak tulen.

MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.

ASEAN selesaikan 11 keberhasilan utama ekonomi, MITI terus perjuang kepentingan pengeksport Malaysia
ASEAN telah menyelesaikan 11 daripada 16 Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah Indonesia sebagai pengerusi, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pameran halal MIHAS 2023 berlangsung 12 hingga 15 Sept
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-19 akan berlangsung bermula Selasa hingga Jumaat ini di MITEC.

Malaysia perlu belajar dari China untuk lonjakkan ekonomi - MITI
Malaysia perlu belajar dari China untuk melonjakkan ekonominya, terutamanya dari segi inovasi teknologi dan pembuatan.