KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memperoleh potensi pelaburan sejumlah RM2.84 bilion dan potensi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia sebanyak RM500 juta daripada misi perdagangan dan pelaburannya ke Milan dan Turin, Itali, yang berlangsung dari 12 hingga 16 Januari.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz yang mengetuai misi tersebut bertemu dengan syarikat terkemuka Itali dalam sektor automotif, aeroangkasa, semikonduktor, makanan, biofuel serta jentera dan peralatan dan mencapai kemajuan penting dalam memupuk hubungan ekonomi serta menarik potensi pelaburan dan perdagangan.
Antara syarikat utama tersebut termasuklah STMicroelectronics, EDA Industries serta Leonardo's Helicopter and Aircraft Divisions.
"Semasa mesyuarat bersemuka tertutup, syarikat-syarikat ini mengemukakan rancangan pelaburan mereka di Malaysia dan menunjukkan komitmen untuk meneroka bidang pertumbuhan baharu bagi pindahan pengetahuan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi di negara ini.
"Misi itu juga mengadakan lawatan ke kilang Leonardo Helicopter and Aircraft Divisions di Milan dan Turin.
"Pemain global dalam industri aeroangkasa menyatakan minatnya untuk meneroka usaha niaga baharu di Malaysia bagi menyokong operasi serantaunya pada masa depan," kata MITI dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut kementerian itu, dari segi potensi eksport, Tengku Zafrul juga bertemu dengan Fererro International S.A, syarikat utama dalam pengeluaran makanan berasaskan coklat dan koko dan ENI Trade and Biofuels S.p.A, anak syarikat ENI S.p.A, yang merupakan salah satu syarikat petroleum dan gas terbesar di Itali.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, perkongsian yang bakal terjalin itu juga akan memberi sumbangan besar kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi dan inovasi termaju.
"Hasil daripada misi itu mencerminkan komitmen kita untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global.
"MITI dan agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan memastikan kejayaan merealisasikan potensi pelaburan dan eksport ini, yang merupakan kunci ke arah memupuk pertumbuhan ekonomi mampan di Malaysia, seperti yang dirancangkan dalam Pelan Induk Perindustrian (NIMP) 2030," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Tengku Zafrul berkata, perkongsian yang bakal terjalin itu juga akan memberi sumbangan besar kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi dan inovasi termaju. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
MITI optimis Korea Selatan bakal jadi antara sumber utama FDI ke Malaysia - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) optimis Korea Selatan akan meningkatkan kedudukannya sebagai antara sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak lama lagi.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.