Tan Sri Mohd Khamil Jamil meletak jawatan sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif DRB-HICOM Bhd dan anak syarikat 53.5 peratus miliknya, Pos Malaysia Bhd, berkuat kuasa 1 April 2018.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat terbabit berkata, mereka akan mencari calon yang sesuai sebagai pengganti tidak lama lagi.

Mohd Khamil, 62, telah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM selama 10 tahun sebelum menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif pada 1 Mac 2016.

Di Pos Malaysia, beliau dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif pada 15 Julai 2011, selepas dilantik ke lembaga pengarah pada 4 Julai 2011, sebagai Pengarah Nomini syarikat induk, DRB-HICOM.

-- BERNAMA