KUALA LUMPUR: Momentum perdagangan Malaysia dijangka menunjukkan tanda-tanda peningkatan pada awal separuh kedua tahun ini berdasarkan pemulihan ekonomi global, kata RHB Research.
Ia berkata keadaan kewangan diunjurkan stabil dalam tempoh itu kerana kebanyakan bank-bank pusat global utama akan mencapai objektif kadar faedah mereka dan momentum inflasi berkemungkinan berkurangan secara berterusan.
"Walaupun kelembapan dalam permintaan luar, kami berpendapat risiko kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia sendiri adalah terhad. Ekonomi domestik yang dirangsang oleh keadaan pasaran buruh yang kukuh, penerusan projek infrastruktur berskala besar dan peningkatan dalam aktiviti pelancongan akan terus menyokong momentum ekonomi.
"Analisis terperinci kami menunjukkan bahawa ekonomi domestik menjadi lebih besar dan pergantungan luar terutamanya pasaran buruh disebalik keadaan ekonomi global semakin merosot," katanya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.
Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat berkata perdagangan Malaysia jatuh sebanyak 14.5 peratus tahun ke tahun pada April 2023 kepada RM198.0 bilion dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global.
Pada bulan yang sama, nilai eksport juga menurun sebanyak 17.4 peratus tahun ke tahun kepada RM105.4 bilion manakala nilai import menyusut 11.1 peratus tahun ke tahun kepada RM92.6 bilion.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan prestasi eksport Malaysia adalah disebabkan oleh eksport domestik yang lebih rendah.
RHB berkata kelemahan dalam momentum dagangan berkemungkinan berterusan untuk baki separuh pertama 2023.
Kemerosotan secara mendadak data dagangan April adalah disebabkan oleh faktor satu kali sahaja dan bukan permulaan arah aliran menurun baharu dengan firma Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan mengurangkan import berikutan risiko sektor perbankan AS dan fakto-faktor berlaku secara bermusim yang memberi kesan kepada import dari Malaysia oleh syarikat China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
RHB berkata kelemahan dalam momentum dagangan berkemungkinan berterusan untuk baki separuh pertama 2023.
Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
2,390 prospek berjaya keluar dari status 'buta huruf'
Seramai 2,390 daripada 2,656 prospek (penghuni penjara) berjaya dikeluarkan daripada status 'buta huruf' menerusi Program Literasi dan Numerasi (LINUS).
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
Skim tanaman semula sawit cecah RM45 juta, meliputi 6,724 hektar - MPOB
Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.
BN tak pernah benarkan mana-mana pihak guna nama, lambang dacing
Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan itu atau lambang daging tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN.
Wanita warga emas dibelit ular sawa selama dua jam, selamat
Seorang wanita warga emas di Bangkok berdepan detik mencemaskan selepas seekor ular sawa sepanjang lima meter menyerang dan membelit tubuhnya.
Rakyat Australia dinasihat tinggalkan Lubnan
Kerajaan Australia mengulangi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Lubnan berikutan letupan peranti komunikasi, lapor Xinhua.
Jumlah korban, mangsa hilang di Myanmar meningkat
Jumlah korban akibat Taufan Yagi di Myanmar kini mencecah 268 orang dengan 88 orang masih hilang, menurut pihak junta.
Tokyo tuntut penjelasan China
Jepun menuntut penjelasan daripada China berhubung kematian seorang pelajar berusia 10 tahun yang ditikam dalam serangan di serangan di bandar Shenzhen, Selatan China.
DOSM bakal tubuh Pusat Analitik Data Raya, rapatkan jurang data sektor awam dan swasta
Ia seiring dengan tema Persidangan Statistik Malaysia ke-11 iaitu Data dan Kecerdasan Buatan Memperkasa Masa Depan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Jumlah tenaga buruh meningkat 0.1 peratus pada Julai 2024 - DOSM
Jumlah tenaga buruh pada Julai 2024 meningkat sebanyak 0.1 peratus kepada 17.2 juta orang, berbanding 17.17 juta orang pada bulan sebelumnya.
DOSM lancar MyAgeing Dashboard
DOSM lancar MyAgeing Dashboard yang membentangkan visualisasi data interaktif dan maklumat berkaitan statistik penduduk, penuaan dan jangka hayat.
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat meningkat semula 1.3 peratus pada suku kedua
Pengeluaran minyak mentah dan kondensat Malaysia meningkat semula kepada pertumbuhan 1.3 peratus, mencatatkan 46.1 juta tong pada suku kedua 2024.
Harga eksport Malaysia jatuh 0.6 peratus pada Julai 2024 - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Julai 2024 merosot 0.6 peratus daripada 151.2 mata pada bulan sebelumnya kepada 150.2 mata, manakala harga import meningkat 0.3 peratus kepada 130.4 mata.
Banci Pertanian 2024: Menilai sektor pertanian demi masa depan negara
Banci Pertanian 2024 merupakan usaha penting yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk memahami keadaan sebenar pengusaha pertanian di Malaysia.
Kadar kelahiran, kematian menurun: Malaysia makin pantas jadi negara tua?
Berdasarkan data diterbitkan DOSM, kadar itu menunjukkan penurunan berbanding 112,197 kelahiran pada suku sama tahun lalu.
Bilangan tenaga buruh meningkat 1.1 peratus pada suku kedua 2024 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada suku kedua tahun ini mencatatkan trend positif dengan peningkatan sebanyak 1.1 peratus kepada 17.15 juta orang berbanding 16.96 juta orang pada suku pertama tahun ini.
Ringgit ditutup lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.