Skip to main content

Malaysia

Warga emas hilang ketika cari sarang burung ditemukan selamat - Bomba

81749657109_TBPOLISPDRM.jpg
Seorang warga emas Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di Lahad Datu. - Foto hiasan

LAHAD DATU: Seorang warga emas Ismail Ibrahim, 61, yang dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung di Gua Tepadung minggu lepas, ditemukan selamat oleh pekerja ladang di kawasan berhampiran sebuah ladang kelapa sawit, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pengurus ladang berkenaan telah menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan penemuan lelaki itu.

"Pasukan bomba telah ke lokasi mangsa ditemukan bagi mengesahkan perkara itu dan warga emas itu berada dalam keadaan selamat namun lemah," katanya kepada Bernama hari ini.

Sebelum ini mangsa dilaporkan hilang ketika mencari sarang burung bersama dua rakannya di Gua Tepadung pada 26 Mei dan usaha mencari lelaki itu dilakukan secara sendiri namun berdepan jalan buntu.

Polis kemudian menerima laporan pada Ahad lepas sebelum operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan termasuk melibatkan bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement