awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat - Gabenor

Najib Aroff
Najib Aroff
11/02/2021
05:06 MYT
Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi, rakyat -  Gabenor
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, setakat ini sejumlah 1.4 juta peminjam sudah memohon bantuan bayaran balik dengan 95 peratus diluluskan. - Gambar fail Astro AWANI
Kuala Lumpur:Bank Negara Malaysia (BNM) terus menegaskan moratorium menyeluruh bukan penyelesaian terbaik ketika negara berdepan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Menurut Gebenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, ini kerana pelaksanaan moratorium menyeluruh akan menjejaskan berjuta rakyat dalam jangka masa panjang termasuk usaha pemulihan ekonomi.
Bahkan, tegas beliau, tanggapan bahawa ekonomi hanya boleh dibantu dengan moratorium menyeluruh adalah salah.
"Pertama ia akan menjejaskan penampan bank dan menyukarkan perniagaan serta individu untuk mendapatkan pinjaman baharu kerana bank berdepan risiko.
"Kedua, keuntungan serta pengukuhan bank amat penting buat berjuta-juta rakyat Malaysia yang mempunyai pegangan bukan sahaja deposit sebaliknya pemegang kepentingan secara tidak langsung dalam bentuk simpanan di KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), ASB (Amanah Saham Bumiputera), KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), dan Tabung Haji.
"Ketiga, moratorium bersasar adalah lebih baik berbanding moratorium menyeluruh kerana ia memberi pilihan kepada peminjam untuk membuat keputusan kewangan sendiri," katanya dalam sidang media secara maya Pembentangan Ekonomi 2020.
BACA: Ekonomi Malaysia menyusut paling rendah sejak 1998
Shamsiah berkata, setakat ini sejumlah 1.4 juta peminjam sudah memohon bantuan bayaran balik dengan 95 peratus diluluskan.
Malah, jelas beliau, 45 peratus daripada mereka memilih untuk menstruktur kembali bayaran bulanan berbanding mahukan moratorium.
"Mereka ini ramai daripada segmen peminjam dan isi rumah berpendapatan rendah dan B40.
"Ini menunjukkan peminjam membuat keputusan tepat dalam menguruskan hutang mereka mengikut tahap kemampuan mereka.
"Hanya 0.2 peratus peminjam membuat aduan kepada BNM bahawa mereka berdepan kesukaran mendapatkan bantuan," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#KWSP
#EPF
#Tabung Haji
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Moratorium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan