awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan Melaka 2025 tarik lebih 15,696 peserta - Exco
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Motorola Solutions komited hasilkan peranti komunikasi canggih

Malik Ridhwan, Dewi Nur Harasha Alias
Malik Ridhwan, Dewi Nur Harasha Alias
14/11/2016
06:50 MYT
Motorola Solutions komited hasilkan peranti komunikasi canggih
Motorola Solutions Inc di Pulau Pinang menjadi antara pusat R&D yang terawal menghasilkan revolusi produk dengan konsep 'connected police officer'. -Gambar oleh Motorola
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Motorola Solutions Malaysia Sdn Bhd di Pulau Pinang komited dalam penghasilan peranti komunikasi dan penyelesaian keselamatan demi keselamatan awam.
Pengarah urusannya, Dr Hari Narayan berkata Motorola Solutions Inc di sini menjadi antara pusat R&D yang terawal menghasilkan revolusi produk dengan konsep 'connected police officer'.
Katanya, seiring dengan perkembangan teknologi dan evolusi Motorola Solutions kepada perisian dan perniagaan perkhidmatan, kerjasama adalah perkara yang dititikberatkan oleh syarikat.
“Kejayaan 40 tahun inovasi kami adalah sangat bermakna. Di Malaysia, kami jangkakan pertumbuhan dari segi inovasi yang berterusan dan beberapa KPI kami adalah untuk mempatenkan inovasi kami.
“Hab kami di Pulau Pinang telah mencatat pelbagai kemajuan dalam tempoh beberapa tahun dan kami akan terus pertingkatkan hasil kami untuk memberi penyelesaian terbaik untuk pelanggan,” katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan lawatan bersama media ke pusat R&D Motorola Solutions di sini sempena ulang tahun ke-40 syarikat.
Tambahnya, syarikatnya juga akan menambah baik perkhidmatan bagi memastikan mereka mampu memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan pengguna.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Motorola telah menubuhkan pusat operasi rangkaian baharu yang beroperasi 24 jam bagi memantau dan menguruskan komunikasi pelanggan.
Pusat operasi tersebut akan memantau dan menguruskan masalah yang dihadapi pelanggan mereka secara berterusan.
“Kami percaya dengan inovasi berterusan dan penyelesaian yang betul untuk pelanggan, kami dapat menjamin pertumbuhan yang kukuh.
“Salah satu perkara yang kita sedang lakukan adalah bekerjasama dengan universiti tempatan untuk melihat bagaimana graduan dan pelajar mereka boleh menyumbang bakat kepada inovasi kami,” katanya lagi.
Hadir sama di majlis tersebut Naib Presiden Eksekutif Bahagian Produk dan Perkhidmatan, Bruce Brda serta Naib Presiden Korporat, Claudia Rodriguez.
Topic Berkaitan
#Bruce Brda
#Claudia Rodriguez
#Hari Narayan
#Motorola Solutions
#penyelesaian keselamatan
#Peranti komunikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan