awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPCB bina 570 unit rumah mampu milik di Johor

Bernama
Bernama
24/05/2022
21:45 MYT
MPCB bina 570 unit rumah mampu milik di Johor
Di bawah fasa satu, sebanyak 242 unit akan dibina, diikuti dengan 174 unit dalam fasa dua dan 154 unit pada fasa tiga.
KUALA LUMPUR: Malaysia Pacific Corporation Bhd (MPCB) dan Real Trend Development Sdn Bhd (RTDSB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di bawah skim perumahan Dasar Perumahan Rakyat Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM85.5 juta.
MoU itu juga melibatkan projek komersial yang terdiri daripada pejabat kedai dengan GDV sebanyak RM62.84 juta. Kedua-dua projek itu akan ditempatkan di Plentong, Johor Bahru, kata MPCB dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
MPCB berkata RTDSB mencadangkan untuk memajukan 570 unit RMMJ dalam tiga fasa dengan keuntungan bersih yang dicadangkan sebanyak RM865,779, atau 1.01 peratus daripada GDV kediaman.
Di bawah fasa satu, sebanyak 242 unit akan dibina, diikuti dengan 174 unit dalam fasa dua dan 154 unit pada fasa tiga.
Pembangunan komersial yang terdiri daripada 100 unit pejabat kedai itu dijangka menjana keuntungan bersih RM14.17 juta, iaitu 22.55 peratus daripada GDV komersialnya.
Kedua-dua pihak bersetuju kos pembinaan untuk pembangunan yang dicadangkan itu akan ditanggung oleh RTDSB.
MPCB berkata MOU itu dijangka mempercepatkan dan merancakkan pembangunan projek itu hasil kerjasama sinergi kepakaran, sumber dan pengalaman kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MPCB
#rumah mampu milik
#Dasar Perumahan Rakyat Johor
#RTDSB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan