awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu

Bernama
Bernama
23/03/2023
05:02 MYT
MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen telah menjadi ahli majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia sejak 2005 dan merupakan ahli majlis MPOC dari 2005 hingga 2020. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) telah melantik Naib Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd Datuk Carl Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Mei 2023.
MPOC berkata Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana beliau berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia dan pernah berkhidmat dalam lembaga MPOC sebelum ini.
"Beliau akan terus memberi tumpuan kepada kelestarian dan penambahbaikan sosial dalam sektor minyak sawit Malaysia, memastikan pintu perdagangan kekal terbuka untuk komoditi pertanian terbesar dunia ketika industri bergerak ke arah matlamatnya menghasilkan minyak sawit yang mampan," kata MPOC.
Bek-Nielsen telah menjadi ahli majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) sejak 2005 dan merupakan ahli majlis MPOC dari 2005 hingga 2020.
Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Bersama Lembaga Gabenor Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) pada 2014, jawatan yang disandangnya sehingga awal tahun ini.
"Beliau juga dilantik sebagai Konsul Jeneral Kehormat Denmark bagi Putrajaya dan Kuala Lumpur, serta Konsul Kehormat Denmark ke Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Terengganu," kata MPOC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carl Bek-Nielsen
#MPOC
#industri minyak sawit
#Denmark
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan