KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mempelawa syarikat yang berpotensi untuk mengambil bahagian dalam permintaan untuk cadangan (RFP) bagi pakej kerja perkhidmatan perundingan pengurusan projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3).
"Ini merupakan tender pertama yang ditawarkan untuk pembinaan Laluan Lingkaran MRT sepanjang 51 kilometer yang mendapat kebenaran kerajaan pada 4 Mac 2022.
"Proses tender akan bermula pada Mei 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 15 Mac, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan pembinaan projek Laluan Lingkaran MRT3 akan melibatkan lima pakej kerja iaitu perundingan pengurusan projek, tiga kerja-kerja sivil dan satu pakej kerja-kerja sistem.
MRT Corp berkata RFP terbuka kepada syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan sekurang-kurangnya satu projek kereta api dengan nilai agregat minimum RM1 bilion, sama ada di Malaysia atau di luar negara.
"Projek tersebut juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga elemen berikut -- stesen bertingkat dan jejambat, stesen bawah tanah dan terowong atau sistem kereta api," katanya.
Katanya syarikat boleh membentuk usaha sama (JV) atau konsortium tidak lebih daripada tiga ahli untuk mengambil bahagian dalam RFP.
"RFP terbuka kepada syarikat Malaysia manakala penyertaan asing minoriti dibenarkan melalui JV atau konsortium iaitu syarikat Malaysia memegang sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ekuiti," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zarif Hashim berkata perunding pengurusan projek (PMC) akan membantu syarikat menguruskan projek Laluan Lingkaran MRT3 dan akan bertanggungjawab untuk pelaksanaan projek itu tepat pada masanya dalam bajet yang ditetapkan.
"Selain membantu MRT Corp, kami turut menjangka PMC akan memenuhi keperluan kontraktor pakej kerja sivil dan sistem juga, supaya kami dapat bekerjasama dengan berkesan untuk melaksanakan projek itu," katanya.
MRT Corp berkata maklumat mengenai kriteria untuk mengambil bahagian dalam RFP akan diberikan dalam notis mengenai RFP, yang akan diiklankan di beberapa akhbar mulai 29 April di laman web syarikat, www.mymrt.com.my dan saluran media sosial (@MRTMalaysia).
"Pendaftaran akan dibuka pada 29 April dan ia boleh dilakukan dalam talian melalui pautan atau dengan mengimbas kod QR yang diberikan dalam notis RFP dan syarikat yang berminat perlu mendaftar untuk taklimat mandatori yang akan diadakan pada 13 Mei.
"Syarikat yang gagal untuk mendaftar tidak akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam RFP," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
MRT Corp mempelawa syarikat yang berpotensi untuk mengambil bahagian dalam permintaan untuk cadangan (RFP) bagi pakej kerja perkhidmatan perundingan pengurusan projek MRT3.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
MRT3 : Proses pengambilalihan tanah secara berperingkat tahun depan
MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
Al-Salam REIT, MRT Corp meterai MoU bina jejantas bernilai sehingga RM15 juta
Jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
Bashir Ahmad dilantik Pengerusi MRT Corp
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai pengerusinya berkuat kuasa 3 April 2023.
Pembukaan MRT laluan Putrajaya perkukuh sistem pengangkutan awam negara
Sistem pengangkutan awam negara terus diperkukuh apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.
MRT2 mula beroperasi 16 Mac ini - Anthony Loke
Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi pada 16 Mac ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.