PUTRAJAYA: Sistem pengangkutan awam negara terus diperkukuh apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.
MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya akan dibuka kepada pengguna bermula 3 petang selepas ia dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum ini, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu telah dibuka untuk pengguna pada 16 Jun tahun lepas.
MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah dengan keseluruhan kos pembinaan sebanyak RM30.53 bilion.
Tinjauan Bernama ketika sesi pengenalan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua kepada pengamal media hari ini mendapati persiapan giat dijalankan oleh pegawai MRT Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) bagi memastikan pengoperasian berjalan lancar.
Pengamal media dibawa menaiki MRT Laluan Putrajaya bermula dari stesen Putrajaya Sentral ke stesen Titiwangsa untuk merasai sendiri perkhidmatan berkenaan.
Difahamkan, setiap stesen di laluan itu mempunyai ciri-ciri tersendiri antaranya stesen Titiwangsa adalah bertemakan 'tidal rythm' dengan bahagian atas silingnya berwarna biru.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook sebelum ini dilapor berkata jumlah penumpang harian bagi perkhidmatan MRT laluan Putrajaya dijangka mampu mencecah kira-kira 200,000 dalam masa dua tahun.
Beliau berkata pengoperasian penuh MRT Putrajaya Fasa Dua juga akan memudahkan orang ramai dan pesakit Hospital Kuala Lumpur mendapatkan rawatan menerusi pembukaan stesen di hospital tersebut yang turut dilengkapi kemudahan laluan gerak atau walkalator sepanjang 400 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah. -Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Pemaju, kontraktor, pengilang di Johor diarah selesai isu penempatan pekerja asing
Kerajaan Johor mengarahkan pemaju dan kontraktor serta pengilang di seluruh negeri itu, untuk menyelesaikan isu penempatan pekerja asing.
MRT3 : Proses pengambilalihan tanah secara berperingkat tahun depan
MRT Corp akan memulakan proses pengambilan tanah secara berperingkat mulai 2024 bagi Projek Laluan Lingkaran Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dijangka mengambil masa dua tahun untuk dimuktamad.
Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.
Tahap kemajuan RTS Link capai 52 peratus setakat Oktober
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang melintasi Selat Johor kini mencapai kemajuan 52 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan.
MRT Corp kaji bina LRT Pulau Pinang bawah tanah, laut - Chow
MRT Corp akan membuat kajian kebolehlaksanaan untuk melihat kesesuaian pembinaan projek itu di bawah tanah untuk jajaran yang terletak di tengah bandar serta bawah laut.
Al-Salam REIT, MRT Corp meterai MoU bina jejantas bernilai sehingga RM15 juta
Jejantas berhawa dingin sepanjang 42 meter menghubungkan Komtar JBCC dengan jambatan terancang stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Bukit Chagar itu akan dibuka pada 2027.
Fasa pertama projek LRT Pulau Pinang bermula hujung tahun ini - Loke
Pelaksanaan fasa pertama projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang dijangka akan dimulakan penghujung tahun ini.
Bashir Ahmad dilantik Pengerusi MRT Corp
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) melantik Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid sebagai pengerusinya berkuat kuasa 3 April 2023.
Pembukaan MRT laluan Putrajaya perkukuh sistem pengangkutan awam negara
Sistem pengangkutan awam negara terus diperkukuh apabila perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac ini.
MRT2 mula beroperasi 16 Mac ini - Anthony Loke
Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi pada 16 Mac ini, demikian diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.