KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) melalui anak syarikat milik penuhnya, MSM Prai Berhad (MSM Prai) memperoleh kontrak bekalan gula bertapis bernilai RM290 juta dengan The Coca-Cola Company untuk pengeluaran domestik dan antarabangsa.
Kontrak tersebut secara tidak langsung mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar gula bertapis terkemuka dan pilihan Malaysia di Asia Pasifik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata, walaupun MSM telah memperoleh kontrak bekalan jualan berjangka dengan pelbagai pemain utama industri Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) tempatan dan di rantau ini, peluang menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan Coca-Cola, adalah sebahagian daripada rangka tindakan eksport MSM sebagai syarikat 8 teratas penapis gula bersepadu global.
“Pencapaian ini merupakan rangsangan tambahan kepada kumpulan setelah berjaya mencapai pemulihan pada 2021 dan mempercepatkan pengembangan MSM ke pasaran yang lebih luas di seluruh rantau ini.
"Paling utama, memandangkan kami telah menyatakan komitmen untuk mempergiatkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), sebagai permulaan MSM akan menyediakan bekalan gula mentah lestari untuk pasaran domestik Coca-Cola," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Secara dasarnya, MSM telah bekerjasama dengan Coca-Cola di dalam negara selama lebih daripada 10 tahun.
Untuk kontrak dua tahun dengan Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn Bhd ini, MSM akan membekalkan bekalan gula bertapis untuk 2022 dan 2023 sebanyak 148,000 tan bagi pengeluaran domestik dan antarabangsa.
Kontrak itu juga terpakai untuk eksport yang bermula pada Disember 2021, di mana bekalan gula bertapis akan dihantar ke destinasi antarabangsa yang berbeza di mana Coca-Cola mempunyai kehadiran yang kukuh.
Kumpulan MSM menawarkan kepelbagaian produk gula berkualiti tinggi yang dipasarkan dan dijual dalam pelbagai bungkusan serta gred.
MSM Prai mengendalikan kilang penapisan gula Prai di Pulau Pinang. Terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia, kemudahan itu merupakan kilang penapisan gula terbesar di negara ini dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1.05 juta tan gula bertapis.
Sementara itu, MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd, yang terletak di lokasi strategik di Pelabuhan Tanjung Langsat, Johor dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 1 juta tan gula bertapis, dijangka meningkatkan pengeluarannya pada 2022.
Syed Faizal berkata, kumpulan mematuhi kawalan kualiti dan prosedur operasi standard yang ketat dan kilang penapisannya sentiasa diaudit untuk mengekalkan standard keselamatan dan kualiti makanan yang tertinggi.
MSM mampu menghasilkan gula dengan spesifikasi Coca-Cola yang turut merangkumi Standard Pensijilan Halal JAKIM Malaysia, MS1500:2009, Sistem Pensijilan Keselamatan Makanan (FSSC 22000 – Pembuatan), sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta lain-lain pensijilan kualiti yang relevan kepada industri.
Selain itu, Kumpulan MSM menawarkan kepelbagaian produk gula berkualiti tinggi yang dipasarkan dan dijual dalam pelbagai bungkusan serta gred untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport.
Keupayaan MSM untuk menghasilkan gula bertapis berasaskan spesifikasi International Commission for Uniform Methods of Sugar Analysis (ICUMSA) 25 bagi gula bertapis kualiti premium global telah menjadi kekuatan kepada Gula Prai menjadi pilihan dalam industri pengeluaran FMCG.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 08 2022

MSM memperoleh kontrak bekalan gula bertapis bernilai RM290 juta dengan The Coca-Cola Company untuk pengeluaran domestik dan antarabangsa. -Dagang News

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.
Pembelian BPI RM160 setiap 50 kg bantu kawal harga nasi
Kebenaran pembelian Beras Putih Import (BPI) pada harga borong iaitu RM160 setiap 50 kilogram bertujuan membantu mengawal kos operasi dan memastikan harga nasi tidak dinaikkan.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Tun Taib hadir sambutan Maulidur Rasul Sarawak
Kali terakhir Taib menghadiri majlis rasmi adalah empat bulan lalu iaitu pada 21 Mei 2023 di Tebingan Sungai Kuching untuk Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan kelemahan pada minyak soya
Minyak sawit terpaksa diniagakan lebih rendah untuk mengekalkan diskaunnya terhadap persaingan.

Stok minyak sawit Malaysia susut 6.56 peratus pada Februari 2023
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun sebanyak 6.56 peratus kepada 2.11 juta tan metrik pada Februari 2023 daripada 2.26 juta tan metrik yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

MSNR rapatkan jurang pendapatan pekebun dan peladang kecil - Fadillah
Malaysia bakal memperkenalkan garis panduan baharu pembangunan industrI getah yang dikenali sebagai Malaysia Sustainable Natural Rubber (MSNR).

Stok minyak sawit Malaysia dijangka meningkat kepada 2.5 juta tan pada akhir Oktober
CGS-CIMB Research yakin harga minyak sawit mentah (MSM) boleh didagangkan dalam julat RM3,500 hingga RM4,500 satu tan pada Oktober 2022.

India import 353,556 tan minyak sawit Malaysia pada Ogos 2022
Import minyak sawit India dari Malaysia pada Julai berjumlah 237,778 tan dan daripada jumlah itu, 215,064 tan ialah MSM.

Harga minyak sawit mentah dijangka tidak turun bawah paras RM4,500 satu tan
Kerajaan menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.

MSM laksana rundingan berterusan dengan kerajaan semak semula harga siling gula
Penggiat industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk menyemak semula harga siling gula di tengah-tengah peningkatan kos bahan mentah dan muatan.

Larangan eksport minyak sawit Indonesia dijangka bertahan sebulan akibat isu penyimpanan, logistik
CGS-CIMB Research menjangkakan, syarikat perladangan Malaysia akan mencatatkan pendapatan yang lebih baik untuk Q1FY22.

Harga minyak sawit mentah diunjur capai RM9,300 satu tan
Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meneruskan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga suku ketiga tahun ini dan diunjur mencapai sehingga paras RM9,300 satu tan.