awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mubadala sahkan penemuan gas di luar pantai Malaysia

Bernama
Bernama
23/06/2014
12:56 MYT
Mubadala sahkan penemuan gas di luar pantai Malaysia
Mubadala sahkan penemuan gas di luar pantai Malaysia
Mubadala Petroleum mengumumkan penggerudian taksiran dan ujian mengesahkan penemuan Pegaga di Blok SK320 luar pantai Malaysia sebagai penemuan gas utama dengan potensi komersil yang ketara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Maurizio La Noce berkata penemuan itu merupakan sumber hidrokarbon yang penting, dengan potensi komersil yang menarik, pembangunan bersepadu.
"Kami gembira untuk mengesahkan empat penemuan gas yang berdekatan, termasuk M-5, semuanya dalam blok operasi Mubadala Petroleum SK320," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mubadala Petroleum ialah syarikat pengeluaran dan penerokaan gas dan minyak huluan antarabangsa, berpangkalan di Abu Dhabi.
Syarikat dilantik sebagai pengendali Blok SK320 pada 2010, memegang majoriti 55 peratus pegangan dalam blok minyak, manakala Petronas dan Sarawak Shell Bhd memiliki baki 25 peratus setiap satu.
"Kami sedang membangunkan pasukan kami dan akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami, Petronas Carigali dan Shell, untuk menilai semua pilihan bagi pengkomersilan sumber dalam blok apabila sampai masanya," kata La Noce.
Topic Berkaitan
#gas
#minyak
#Mubadala Petroleum
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan