BISNES
Mudahkan 'raja-raja' teknologi masuk ke Malaysia - Darell

Datuk Darell Leiking mahu memudahkan kemasukan pelaburan raja-raja dunia teknologi ke Malaysia. - Foto WEF
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Darell Leiking mahu memudahkan kemasukan pelaburan ‘raja-raja’ dunia teknologi ke Malaysia.
Hasrat itu dinyatakan oleh Darell selepas bertemu dan mengadakan perbincangan bersama pelabur-pelabur asing daripada pelbagai sektor yang berhimpun di Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2019 di sini.
“Kenapa tidak Jeff Bezos? Kenapa tidak Elon Musk? Kita mahu jemput semua nama-nama besar ini ke Malaysia.
“Mereka telah menunjukkan bahawa mereka kreatif dan mereka pastinya akan bawa kreativiti, kewangan serta perniagaan ke Malaysia,” jelas Darell ketika ditemubual Astro AWANI.
Buat pertama kali menyertai WEF di Davos, beliau memanfaatkan pentas berprestij yang menghimpunkan lebih 3000 delegasi pemimpin kerajaan dan perniagaan global untuk memasarkan jenama Malaysia.

Darell antara panel pada sesi diskusi bertajuk
“Mereka telah menyatakan pandangan dan juga niat, seperti mengurangkan operasi perniagaan di negara tersebut dan berpindah ke negara lain, tetapi satu perkara mereka perlu diberi jaminan.
"Pastikan perniagaan mereka tidak dilambatkan oleh proses dan birokrasi memasuki Malaysia,” ujarnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami