Skip to main content

Dunia

Tangkapan dadah di Kemboja meningkat, rampasan menurun dalam 10 bulan pertama 2026

Daripada keseluruhan suspek, 48.3 peratus dikategorikan sebagai pengedar, pengilang, individu yang memiliki atau mengangkut dadah, manakala 51.7 peratus lagi direkodkan sebagai pengguna dadah. - Gambar hiasan/Adobe
Daripada keseluruhan suspek, 48.3 peratus dikategorikan sebagai pengedar, pengilang, individu yang memiliki atau mengangkut dadah, manakala 51.7 peratus lagi direkodkan sebagai pengguna dadah. - Gambar hiasan/Adobe

Advertisement

Advertisement

PHNOM PENH: Kemboja melaporkan peningkatan tangkapan berkaitan dadah, namun jumlah keseluruhan rampasan dadah menurun dalam tempoh 10 bulan pertama 2026, menurut data yang dikeluarkan Jabatan Antidadah (ADP) pada Ahad, lapor Xinhua.

Negara Asia Tenggara itu menahan seramai 25,360 suspek berkaitan dadah sepanjang tempoh Januari hingga Oktober, meningkat 16.3 peratus berbanding 21,800 orang dalam tempoh sama tahun lepas. Daripada jumlah itu, 1,248 merupakan warga asing daripada 25 kewarganegaraan berbeza.

Daripada keseluruhan suspek, 48.3 peratus dikategorikan sebagai pengedar, pengilang, individu yang memiliki atau mengangkut dadah, manakala 51.7 peratus lagi direkodkan sebagai pengguna dadah.

Advertisement

"Pihak berkuasa merampas 4.26 tan dadah terlarang dan 537 kilogram ganja kering antara 1 Jan hingga 31 Okt 2026," menurut laporan itu sambil menambah bahawa jumlah rampasan dadah berkenaan menurun berbanding 5.48 tan dadah dan 516 kilogram ganja kering yang dirampas dalam tempoh sama pada 2025.

Laporan itu turut menyatakan bahawa antara bahan bukti lain yang dirampas ialah 73 pucuk pistol dan 27 laras senapang buatan sendiri, manakala dadah yang dirampas kebanyakannya terdiri daripada ketamin, ekstasi, heroin, metamfetamina kristal, pil metamfetamina, kokain dan katinon.

Advertisement

Kemboja tidak mengenakan hukuman mati bagi kesalahan berkaitan dadah. Mengikut undang-undang negara itu, individu yang disabitkan kesalahan mengedar lebih 80 gram dadah terlarang boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement