Kawasan luar bandar perlu menjadi fokus kepada usaha pembangunan ekonomi digital pada tahun 2020 lantaran tahap pendedahan penggiat industri kecil dan sederhana (IKS) yang dilihat masih pada tahap lemah.
Pakar ekonomi, Dr. Madeline Berma berkata penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital.
"Kebanyakan penduduk di luar bandar ini mereka terdiri daripada golongan remaja serta golongan yang tidak begitu mahir dalam penggunaan ICT kerana mereka yang mahir dan berkelulusan dalam ICT telah berhijrah ke bandar.
"Jadi mereka yang tinggal di luar bandar ini hanya menggunakan telefon pintar untuk memasarkan produk dan itu bukan ekonomi digital yang sepenuhnya.
"Apa yang sepatutnya berlaku adalah wujudnya transaksi kewangan, mereka boleh mengambil pesanan, boleh merekod sumber manusia, lejar, blok rantaian dan sebagainya... Ini yang penduduk IKS luar bandar sering hadapi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Madeline yang banyak membuat kajian berkenaan perusahaan mikro-kecil dan penglibatan wanita dalam perniagaan berpandangan terdapat pelbagai lagi cabaran pelaksanaan ekonomi digital selain isu infrastruktur.
Jelasnya, isu kepercayaan terhadap ekonomi digital turut menjadi cabaran ekoran penggiat IKS di luar bandar lebih memilih pendekatan perniagaan konvensional.
BACA: Isu dana 'startup' antara fokus #MyAPEC2020
"Mereka (penggiat IKS luar bandar) ramai yang tidak percaya bahawa ekonomi digital ini boleh membawa banyak faedah kepada mereka sebab golongan yang menggunakan ekonomi digital ini kebanyakannya orang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mereka sangat percaya tentang keupayaan ekonomi digital ini.
"Mereka ini mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan. Tetapi mereka di luar bandar ini lebih suka menggunakan teknik lama, pendekatan tradisional, jual secara 'mulut ke mulut' atau jual secara yang biasa kita gunakan daripada guna pemasaran digital dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Laporan Polisi Ekonomi APEC 2019: Reformasi Struktural dan Ekonomi Digital yang dikeluarkan minggu ini.
Ia menggariskan peluang dan cabaran dalam ekonomi digital yang perlu diberi perhatian termasuk buat Malaysia yang memegang kepengerusian APEC 2020.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Dec 25 2019
Penggunaan telefon pintar sahaja tidak memadai untuk meletakkan para IKS luar bandar di tahap yang membanggakan dalam penggunaan ekonomi digital. - Foto Fail / BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.