awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyEG masuk pasaran Indonesia

Bernama
Bernama
26/11/2018
13:22 MYT
MyEG masuk pasaran Indonesia
Kerjasama itu akan menyaksikan MyEG melabur AS$10 juta bagi 40 peratus kepentingan. - BERNAMA/Fail
My E.G. Services (MyEG), melalui anak syarikat milik penuhnya, MY EG (Indonesia) Sdn Bhd telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Cartenz Technology Indonesia (Cartenz) untuk melabur dalam penyedia e-Kerajaan terkemuka Indonesia.
Kerjasama strategik tersebut, tertakluk kepada pemenuhan terma dan syarat yang berkaitan, akan menyaksikan MyEG melabur AS$10 juta (AS$1 = RM4.19) bagi 40 peratus kepentingan, kata MyEG dalam kenyataan berikutan majlis menandatangani MoU di sini, hari ini.
Ia juga akan menyaksikan MyEG dan Cartenz melaksanakan satu sistem yang menjalankan pemantauan masa nyata transaksi perniagaan untuk tujuan pengiraan cukai di seluruh Indonesia.
MyEG berkata, setakat ini Cartenz telah memasang sistem pemantauan cukai di sekitar 5,000 outlet perniagaan dan telah menyediakan sistem pendapatan cukai kepada 76 kerajaan tempatan, termasuk Jakarta dan Bali.
Menurutnya, kombinasi kekuatan rakan kongsi terbabit - penyelesaian proprietari MyEG bersama rekod kejayaan Cartenz dalam landskap operasi tempatan, dijangka dapat meningkatkan pemasangannya kepada satu juta yang disasarkan.
Di samping itu, MyEG dan Cartenz juga akan bekerjasama untuk melancarkan penyelesaian lain yang MyEG telah guna pakai di Malaysia dan Filipina.
Pengarah Urusan MyEG, TS Wong berkata, Cartenz adalah rakan kongsi yang mempunyai wawasan yang sama bagi memanfaatkan kuasa teknologi untuk memajukan penyampaian perkhidmatan kerajaan dan komersil untuk kepentingan pengguna.
"Malah semasa kami memperkenal sistem pemantauan cukai kami di Malaysia dalam tempoh dua tahun yang lalu, Cartenz juga melakukan perkara yang sama di Indonesia, yang membuktikan bahawa kami berkongsi visi yang sama.
"Sudah tentu, potensi ekonomi Indonesia yang besar tidak boleh dinafikan dan kami berharap dapat menjadi sangat agresif dalam melaksanakannya kepada satu juta outlet dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Beribu pejabat di Jakarta, Cartenz adalah sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi yang terlibat terutama dalam penyediaan sistem maklumat kepada semua peringkat agensi kerajaan untuk pengurusan yang lebih cekap, termasuk dalam pentadbiran cukai daerah.
Pelancaran MyEG ke Indonesia adalah usaha sama ketiga di luar negara untuk kumpulan itu, selepas ia aktif di Filipina sejak 2017 dan baru-baru ini di Bangladesh.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MyEG, Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata, MyEG kini merupakan peneraju perkhidmatan e-Kerajaan yang terkemuka di pasaran ASEAN.
"Kami akan terus menggunakan model kami dan mengeksport sistem kami ke pasaran baru muncul yang lain, dengan itu mencapai satu daripada objektif Koridor Raya Multimedia yang pertama kali diilhamkan oleh perdana menteri 20 tahun lalu," katanya.
Beliau menyifatkan MoU itu sebagai bukti yang jelas mengenai pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan dan kredibiliti MyEG sebagai syarikat teknologi, menggariskan kedudukan utama MyEG sebagai peneraju serantau dalam produk dan perkhidmatan e-Kerajaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#MyEG
#myeg indonesia
#PT Cartenz Technology Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan