awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari

Bernama
Bernama
03/02/2026
20:15 MYT
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pendekatan itu bertujuan menguji keberkesanan sistem berkenaan sebagai alternatif kepada sistem first past the post yang digunakan pada masa ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 12 parti politik telah ditubuhkan di universiti setakat ini melalui inisiatif Parlimen Belia, yang berperanan sebagai platform memperkenalkan sistem perwakilan berkadar dalam usaha membangunkan kepimpinan muda negara.

Ringkasan AI
  • Inisiatif Parlimen Belia telah menghasilkan 12 parti politik di universiti sebagai platform membangunkan kepimpinan muda negara.
  • Sistem perwakilan berkadar yang diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan golongan muda dalam politik, termasuk wanita, golongan minoriti, dan wakil Sabah serta Sarawak.
  • Langkah pengundian secara dalam talian bagi golongan berusia 18 hingga 30 tahun bakal dilaksanakan mulai Mac ini bagi memudahkan penyertaan dalam Parlimen Belia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata pendekatan itu bertujuan menguji keberkesanan sistem berkenaan sebagai alternatif kepada sistem first past the post yang digunakan pada masa ini.
Beliau menjelaskan bahawa melalui sistem perwakilan berkadar, pertandingan politik tertumpu kepada parti dan manifesto, sekali gus membolehkan parti memilih calon terbaik untuk mewakili rakyat selepas kemenangan dicapai.
"Dalam perwakilan berkadar ini, parti-parti mesti ditubuhkan dahulu di kampus. Kemudian parti berkenaan berkempen dan selepas menang, parti inilah yang akan memilih calon untuk menjadi ahli Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara, 'Sekolah Demokrasi: Parlimen Membentuk Generasi Pemimpin Masa Depan', yang disiarkan Bernama TV malam Selasa.
Johari berkata sistem berkenaan juga berpotensi meningkatkan keterangkuman dalam Parlimen, termasuk penglibatan wanita, golongan minoriti dan wakil dari Sabah dan Sarawak.
"Bagi pengundian, kita sedang menguruskan perkara ini dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan pendaftaran pengundi dilakukan secara automatik untuk golongan berusia 18 hingga 30 tahun," katanya menambah bahawa pengundian akan dijalankan secara dalam talian dan dijangka boleh diakses mulai Mac ini.
Beliau berkata pelaksanaan sistem perwakilan berkadar dalam Parlimen Belia bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada golongan muda supaya mereka dapat menilai keberkesanan sistem itu sebelum menentukan hala tuju demokrasi negara pada masa hadapan.
"Parlimen Belia adalah usaha penting bagi memperluas penglibatan golongan muda dalam sistem demokrasi, memberi pendedahan awal terhadap proses persidangan dan melatih mereka menyampaikan idea serta cadangan secara tersusun dan bertanggungjawab," katanya.
Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh budaya demokrasi serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang matang dan berwibawa.
Pada Januari lepas, Johari berkata Parlimen Belia dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, dengan persidangan pertama seawal Jun, selepas pilihan raya bagi memilih wakil-wakil Parlimen Belia yang dirancang berlangsung pada Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parti politik
#Parlimen Belia
#Sistem Perwakilan Berkadar
#Johari Abdul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan