awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta

Bernama
Bernama
03/02/2026
20:00 MYT
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerima kunjungan hormat Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Dr Nadolenko Hennadii di pejabat beliau pada Selasa. - Foto Facebook Alexander Nanta Linggi
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Ukraine sedang meneroka potensi kerjasama dalam bidang pembangunan infrastruktur jalan raya, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perkara tersebut merupakan antara dibincangkan bersama Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Dr Nadolenko Hennadii yang melakukan kunjungan hormat ke pejabat beliau pada Selasa.
"Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya dalam perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti, selaras dengan usaha pembinaan semula Ukraine," katanya menerusi hantaran di laman X beliau.
Nanta berkata reformasi sektor pembinaan Malaysia yang berpandukan Dasar Pembinaan Negara 2030, dengan penekanan terhadap aspek kualiti, kemampanan, pendigitalan, produktiviti serta tadbir urus yang baik turut diketengahkan semasa pertemuan itu.
Selain itu, katanya, pertemuan tersebut juga dapat memperkukuh kerjasama institusi dan menggalakkan kolaborasi strategik antara kedua-dua negara.
Beliau berkata Kementerian Kerja Raya komited memupuk kerjasama antarabangsa yang konstruktif bagi menyokong pembangunan mampan dan kerjasama jangka panjang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Ukraine
#Nadolenko Hennadi
#kerjasama infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan