KUALA LUMPUR: Bagi merancakkan kembali ekosistem syarikat-syarikat pemula atau startup di negara ini, portal MYStartup.gov.my dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) secara rasminya hari ini.
Ia bagi memastikan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021– 2030 mampu direalisasikan dan meningkatkan kedudukan ekosistem 'startup' Malaysia kepada 20 teratas di dunia menjelang 2030.
Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba, yang merasmikan portal dibangunkan oleh Cradle Fund Sdn Bhd itu, berkata ia akan menyatukan pelbagai industri dan mewujudkan kerjasama berimpak tinggi.
“Melalui platform nasional ini, kolaborasi berimpak tinggi akan dipergiat bersama-sama perkhidmatan pemberian sokongan dan bimbingan berterusan dalam mewujudkan startup yang boleh berkembang.
"Misi MOSTI adalah untuk mempersiapkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pengasas dan innovator starup menubuhkan ibu pejabat perniagaan mereka.
"MyStartup juga adalah salah satu daripada 16 intervensi yang dikenal pasti di bawah lima pemacu ekonomi dalam ‘SUPER’. Malah sebanyak RM20 juta telah diperuntukan kepada Cradle Fund untuk memastikan visi tersebut mampu dijayakan," katanya di sini, hari ini.
MOSTI juga katanya, menyasarkan melahirkan lebih 5,000 syarikat startup dengan lima berstatus 'unicorn' menjelang 2025 nanti.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Rafiza Ghazali, menjelaskan portal itu penting untuk menghimpunkan maklumat komprehensif mengenai urus niaga perusahaan startup, selain meningkatkan keyakinan pelabur dengan adanya perkhidmatan maklumat yang disediakan.
“Fungsi portal dalam talian ini terbahagi kepada tiga iaitu menyelaras, memantau dan menawarkan inisiatif serta perkhidmatan kerajaan, agensi kerajaan dan pihak swasta kepada usahawan melalui senarai yang dikemas kini dan komprehensif.
"Ia juga mengumpul data serta maklumat syarikat-syarikat startup di dalam negara dan menjadi hab penjenamaan ekosistem startup negara dan berpotensi dikembangkan ke peringkat serantau dan global,” jelasnya ketika berucap pada majlis perasmian tersebut.
Selain itu jelas beliau, menerusi portal digital itu, MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya selain startup, pelabur, industri dan ahli berkepentingan akan dapat mengenal pasti kerjasama strategik berpotensi tinggi, mencari bakal syarikat 'unicorn' Malaysia dan menjana idea inovatif baharu.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Nov 18 2021

Rafiza (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dr Adham (tengah) selepas merasmikan MYStartup.gov.my pada Khamis. - Gambar/ Astro AWANI

Bincang dengan KKM nilai perubatan kanabis, ketum - TPM
Kementerian Perladangan dan Komoditi sedang melihat potensi perubatan yang ada dalam tanaman kanabis dan ketum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Polis buru lelaki pandu lawan arus di MRR2
Polis sedang memburu seorang pemandu lelaki yang dikesan memandu secara melawan arus di Kilometer 11.9 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

23 syarikat diberi lesen pengelola jemaah haji tahun ini - TH
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, TH Travel & Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444H / 2023.

Agenda AWANI: Isu kekurangan guru, bila nak selesai?
Profesion guru didakwa semakin membebankan dengan tugas melampau hingga menyebabkan ada yang memilih bersara awal kerana tertekan? Apa penyelesaiannya?

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

EU bukan Islamofobia - Duta
Tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar al-Quran baru-baru ini amat menyedihkan, tegas Michalis Rokas.

"Pembentukan Kerajaan Perpaduan hanya untuk balas budi Zahid" - Muhyiddin
Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tidak seperti apa yang dijanjikan khususnya dalam soal integriti dan tatakelola yang baik.

Marah di balai polis, lelaki ditahan miliki video lucah
Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Agenda AWANI: Malaysia-Singapura | Kerjasama Ekonomi Baharu
Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion) tahun lalu. Apa lagi kerjasama ekonomi baharu yang boleh dirintis kedua-dua buah negara?

12 ekor kucing 'harta' pertama diselamatkan ketika banjir
Dalam kejadian banjir itu, kediaman Faridah dan suaminya Ahad Musa, 52, antara yang teruk terjejas apabila air naik hingga ke paras pinggang.

MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan tujuh fokus utama pada tahun 2023 melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Pelan Hala Tuju Teknologi Negara: Langkah penting menuju arah yang betul
56% rakyat Malaysia tidak mengenali atau tidak memahami tentang penggunaan teknologi blockchain serta kepentingannya terhadap masa hadapan teknologi negara.

MOSTI mahu pendekatan lebih kreatif digunakan dalam pembelajaran STEM
Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif amat digalakkan dalam pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 guna peralatan pengesanan sinaran dibangunkan Malaysia
Peralatan bernilai RM3,078,634 itu boleh digunakan untuk aktiviti keselamatan dan sekuriti nuklear dalam negara.

Usahawan Pahang disaran sertai program MYStartup
Bilangan syarikat pemula di Pahang yang berdaftar masih berada pada tahap yang rendah iaitu hanya 13 syarikat daripada sektor edutech, agritech, e-dagang, logistik dan kesihatan.

MOSTI guna teknologi MYSA kenal pasti lokaliti banjir
MYSA menggunakan satelit untuk pencerapan data melalui kaedah radar dan optik di lokasi yang pernah berlaku banjir mengikut pengalaman 10 tahun.

Stesen pengecasan EV masih rendah, kurang daripada 1,000 - MOSTI
MOSTI pada awalnya menyasarkan 5,000 stesen pengecasan di seluruh negara pada tahun ini dengan penumpuan di bandar-bandar utama.

Malaysia, IAEA tandatangani perjanjian kerjasama
Bidang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam aspek pendidikan dan latihan bagi keselamatan radiasi, pengangkutan dan sisa.

Malaysia anjur semakan misi khidmat nasihat keselamatan nuklear antarabangsa bulan depan
Misi itu akan membantu Malaysia dalam melengkapkan semakan untuk penambahbaikan dalam mekanisme keselamatan sedia ada.

Malaysia rangkul dua anugerah dalam sains, teknologi nuklear
Malaysia merangkul dua anugerah pada Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau.