Thailand henti penghantaran bahan api ke Laos, krisis sempadan dengan Kemboja memuncak

Sebuah trak tentera membawa kereta kebal di atas jalan ketika pertempuran berdarah di antara Thailand dan Kemboja di wilayah Surin, 11 Disember 2025. —Foto fail/Reuters
BANGKOK: Tentera Thailand menghentikan penghantaran bahan api melalui pos sempadan dengan Laos susulan kebimbangan bahawa bekalan tersebut dialihkan kepada pasukan tentera Kemboja di tengah konflik bersenjata yang memuncak di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.
Ringkasan AI
- Tentera Thailand menghentikan penghantaran bahan api melalui pos sempadan dengan Laos susulan risikan mengesahkan aliran bekalan dialihkan kepada pasukan tentera Kemboja.
- Pertempuran bersenjata di sempadan Thailand-Kemboja melibatkan insiden tembakan dan pelanggaran wilayah, menyebabkan sekurang-kurangnya 38 orang terkorban dan lebih 500,000 penduduk dipindahkan.
- Keputusan Thailand ini, selain menyekat sokongan logistik kepada Kemboja, juga mempengaruhi perdagangan rentas sempadan dengan Laos yang merupakan laluan alternatif utama bekalan tenaga.
Kedua-dua pihak saling menuduh mencetuskan insiden tembakan dan pelanggaran wilayah.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 38 orang dilaporkan terkorban manakala lebih 500,000 penduduk dipindahkan dari kawasan konflik.
Langkah Thailand menghentikan laluan bahan api dilihat sebagai usaha strategik untuk menyekat sokongan logistik kepada pasukan Kemboja.
Namun, tindakan ini turut menjejaskan hubungan perdagangan rentas sempadan dengan Laos yang sebelum ini menjadi laluan alternatif penting bagi bekalan tenaga.
Sementara itu, mesyuarat khas menteri luar ASEAN yang dijadual berlangsung pada 16 Disember ditangguhkan ke 22 Disember atas permintaan Thailand.
Mesyuarat itu dijangka menjadi platform penting bagi usaha diplomatik meredakan ketegangan dan mencari penyelesaian damai.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, turut menggesa kedua-dua negara menghentikan pertempuran dan kembali ke meja rundingan.
Namun, setakat ini tiada tanda-tanda konflik akan reda dalam masa terdekat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh Tentera Thailand berkenaan penghantaran bahan api melalui pos sempadan dengan Laos? A: Tentera Thailand menghentikan penghantaran bahan api selepas risikan menunjukkan aliran bekalan dialihkan kepada pasukan tentera Kemboja.
- Q: Berapa jumlah orang yang dilaporkan terkorban akibat pertempuran bersenjata di sempadan Thailand-Kemboja? A: Sekurang-kurangnya 38 orang dilaporkan terkorban sementara lebih 500,000 penduduk dipindahkan dari kawasan konflik.
- Q: Mengapakah penghentian laluan bahan api oleh Thailand turut mempengaruhi hubungan perdagangan rentas sempadan dengan Laos? A: Penghentian laluan bahan api oleh Thailand tidak hanya menyekat sokongan logistik kepada Kemboja tetapi juga mempengaruhi perdagangan rentas sempadan dengan Laos yang merupakan laluan alternatif utama bagi bekalan tenaga.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

