awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib optimis dengan pelancaran pejabat Bank Dunia di Malaysia

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
28/03/2016
09:20 MYT
Najib optimis dengan pelancaran pejabat Bank Dunia di Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan pejabat Bank Dunia di Malaysia yang disaksikan Naib Presiden Serantau Bank Dunia Dr. Axel van Trotsenburg dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. - Gambar Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak optimis dengan pelancaran Hab Penyelidikan dan Pengetahuan Kumpulan Bank Dunia di Sasana Kijang, Malaysia.
Beliau berkata antara manfaat yang akan dinikmati melalui pelancaran ini ialah peluang pekerjaan bagi warga Malaysia.
Beliau turut berkata melalui satu program, beberapa individu daripada sektor awam akan diserap masuk ke Bank Dunia.
Menurut Najib ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang menarik kepada kedua-dua pihak.
Selain itu, beliau berkata penempatan pejabat Bank Dunia di Malaysia menekankan bahawa negara ini adalah satu daripada lokasi pilihan organisasi antarabangsa dan perniagaan di rantau ini.
"Ini memberikan kami keyakinan untuk meneruskan usaha kami dan menunjukkan keyakinan dunia terhadap kekukuhan dasar negara kita," kata Najib ketika melancarkan pejabat Bank Dunia di Malaysia hari ini.
Pelancaran turut disaksikan Naib Presiden Serantau Bank Dunia Dr. Axel van Trotsenburg dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Tambah Najib hab penyelidikan dan pengetahuan Bank Dunia ini akan memberi fokus kepada dua segmen.
Pertamanya, pembangunan dasar pada peringkat global dan serantau.
Kedua, analisis perusahaan dan petunjuk global yang akan menyumbang kepada Laporan 'Doing Business World Bank'.
Ia turut akan memberi sokongan operasi bagi dialog perusahaan dan perdagangan di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Bank Negara Malaysia
#Datuk Seri Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan