Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kekeliruan dan fitnah berkenaan hutang Kerajaan Persekutuan berada di paras berbahaya, adalah tidak benar.
Melalui laman blognya, Perdana Menteri menyatakan pada akhir Jun 2017, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), angka yang masih di bawah paras had yang ditetapkan Kerajaan iaitu 55 peratus daripada KDNK.
"Ini menunjukkan hutang Kerajaan masih kekal terurus, malah semakin berkurang 53.2 peratus pada akhir Jun 2016. Ini merupakan pencapaian yang patut kita banggakan.
"Bukan itu sahaja, nisbah hutang Kerajaan berbanding KDNK Malaysia adalah lebih baik berbanding negara maju seperti Singapura pada paras 112 peratus, United Kingdom pada 89.3 peratus, Kanada pada paras 92.3 peratus dan banyak lagi contoh-contoh yang lain," katanya.
Datuk Seri Najib turut menyangkal tuduhan bahawa Kerajaan bakal muflis hanya berdasarkan hutang Kerajaan Persekutuan sedangkan badan ekonomi antarabangsa seperti Bank Dunia, menaikkan unjuran KDNK daripada 4.9 peratus kepada 5.2 peratus bagi 2017.
Malah, menurut Perdana Menteri tidak masuk akal untuk mengatakan negara akan muflis apabila banyak negara luar mahu melabur dan merangka perjanjian perdagangan dengan Malaysia.
Meskipun Kerajaan hari ini menghadapi cabaran fitnah pembangkang yang mengharapkan ekonomi Malaysia ranap semata-mata untuk mendapat kuasa, Kerajaan hari ini akan sentiasa mencari jalan mengukuhkan ekonomi negara bagi menaikkan nama negara setaraf dengan kuasa besar ekonomi dunia yang lain, tegas Najib.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2018

Perdana Menteri nafi hutang negara berada pada paras merbahaya kerana jumlah sebenar adalah pada 50.9 peratus daripada KDNK.-gambar fail

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Bukan MN, tetapi individu tolak MN sedang nyawa-nyawa ikan - Sanusi
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) tidak berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Anthony Albanese bakal Perdana Menteri Australia baharu
Keputusan awal ini dikeluarkan oleh tiga media tempatan utama Australia, Perbadanan Penyiaran Australia, 7 News dan Sky News Australia.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Agenda AWANI Asia: Era Baharu Keunggulan Muzium
Tema sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2022 ‘The Power of Museum’, adakah relevan dalam konteks semasa? Muzium sebagai insitusi Pendidikan, pentingnya adaptasi dengan perkembangan teknologi digital? Saksikan Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.
![AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968037/thumbnails/39699936581653138454892_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [21/05/2022] - Sukar dapat ayam | Langkah tambahan sebelum ke Mekah | Pengawal keselamatan ditahan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda: 1. Peniaga, Pengguna resah, bekalan ayam meruncing, apa tindakan kerajaan? 2. Kerajaan mungkin perkenal mekanisme bahan api bersasar, bantu orang susah 3. Selebriti aktif politik, Altimet lawan Hans Isaac jawatan Ketua Cabang PKR #AWANInews #MalaysiaSihat

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

AWANI Ringkas: Mayat pendaki kedua ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Tiada kesan harimau di Kemensah Heights
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Pembiayaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial dan air bagi tempoh 15 bulan akan datang.

Malaysia sambut baik tiga fokus perbincangan di mesyuarat FMCBG
Malaysia menyambut baik tiga fokus utama diusulkan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan Ke-105 di Washington DC, Amerika Syarikat sempena Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia (IMF

Tengku Zafrul bincang pengukuhan industri kewangan, kestabilan ekonomi serantau dengan Menteri-menteri Kewangan Indonesia, Singapura
Malaysia telah membincangkan aspek pengukuhan industri kewangan dan daya tahan ekonomi dengan pelbagai menteri-menteri kewangan yang hadir di Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF.

Kenaikan harga makanan boleh jejas pertumbuhan ekonomi Malaysia - Bank Dunia
Ahli Ekonomi Negara Kanan Bank Dunia, Shakira Teh Sharifuddin berkata, keadaan ini agak bercampur-aduk apabila ia berkaitan dengan harga bahan api.

Bank Dunia unjur ekonomi Malaysia tumbuh 5.5 peratus pada 2022
Pertumbuhan itu berkemungkinan lebih perlahan kepada 4.8 peratus sekiranya keadaan global terus meruncing.

Sekatan ke atas Rusia akan beri kesan terhadap KDNK dunia - Bank Dunia
Jika Moscow menamatkan konflik di Ukraine, masyarakat antarabangsa boleh memikirkan apakah tindakan yang bersesuaian terhadap Rusia.

Bank Dunia lulus dana tambahan AS$200 juta untuk Ukraine
Ini adalah tambahan kepada AS$723 juta yang diberi untuk Ukraine dan rakyatnya minggu lepas.

Harga minyak tinggi beri sokongan sementara kepada kedudukan fiskal Malaysia - Pakar ekonomi
Konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine nampaknya menguntungkan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport minyak bersih dan kenaikan mendadak harga minyak akan memberikan sokongan sementara untuk ked

Bank Dunia gesa Malaysia teruskan bantuan pendapatan untuk enam bulan lagi
Kerajaan perlu meneruskan langkah-langkah bantuan pendapatan sedia ada yang melibatkan golongan sasar seperti kumpulan miskin dan rentan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 3-4 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 3 peratus dan 4 peratus tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.