PHNOM PENH: Perkembangan ekonomi dan jumlah pelaburan langsung asing pada 2021 menunjukkan bahawa negara berada pada landasan dan unjuran yang baik untuk mencapai sasaran ekonomi yang ditetapkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berdasarkan laporan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ekonomi negara berkembang sebanyak 3.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 5.6 peratus pada 2020.
"Walaupun, seperti saya sebutkan tadi (COVID-19) telah memberi impak besar kepada ekonomi, kita masih boleh berkembang," katanya.
Malah, katanya jumlah pelaburan langsung asing (FDI) turut merekodkan peningkatan pada 2021 iaitu melebihi RM50 bilion berbanding 2020 sebanyak RM14.6 bilion.
"Indikator positif ini memberi gambaran bahawa negara sedang menuju ke arah pemulihan ekonomi seterusnya mencapai unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.5 peratus hingga 6.5 peratus bagi tahun 2022 selari dengan unjuran yang dibuat oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dan Bank Dunia," katanya pada majlis makan malam "Keluarga Malaysia" di Kemboja pada Rabu.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Kemboja sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan pada 21 Ogos tahun lepas.
"Oleh itu, dari segi ekonomi, kita menyasarkan untuk terus meningkat dan kerajaan akan terus mengambil pelbagai tindakan untuk memastikan ekonomi kita terus berkembang," katanya.
Antara lainnya, katanya dalam usaha memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat yang terkesan, kerajaan telah menyediakan bantuan pembiayaan perniagaan melalui program Semarak Niaga bernilai RM40 bilion baru-baru ini.
"Program ini khusus untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memulihkan perniagaan masing-masing," katanya.
Ismail Sabri menjelaskan program itu merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti untuk dimanfaatkan oleh setiap golongan usahawan.
Selain itu, katanya Jamin Kerja apabila kerajaan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan untuk memastikan kadar pengangguran dikurangkan dan nasib rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik akan terbela.
Semua inisiatif ini dijangka memberi impak menjelang akhir tahun ini, tambah beliau.
Potensi Industri Halal di Kemboja
Bagi ahli perniagaan Malaysia yang berada di Kemboja, Ismail Sabri menggalakkan mereka untuk terus merebut peluang berdagang dengan Kemboja dan menaikkan jumlah dagangan dua hala.
"Saya ingin menggalakkan ramai lagi ahli-ahli perniagaan dan pelabur Malaysia untuk bergiat lebih aktif lagi di sini, terutamanya dalam industri halal. Malaysia harus mengambil peluang untuk mengembangkan perniagaan industri halal di Kemboja," katanya.
Katanya komuniti Muslim Melayu Champa di Kemboja berjumlah 800,000 orang.
"Ini adalah satu potensi dan produk halal ini bukan sahaja untuk orang Islam tetapi masyarakat bukan Islam juga menerimanya kerana ia adalah berteraskan kebersihan," katanya.
Terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia menetap di Kemboja, dan daripada jumlah itu, kira-kira 2,000 orang berada di ibu kota Phnom Penh dan terlibat terutamanya dalam pelbagai perniagaan sejak 1994.
Antara syarikat Malaysia yang beroperasi di sini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, Hong Leong Bank, Smart Axiata, Muhibbah Engineering, Sunway International, Nagaworld dan Leader.
Jumlah perdagangan Kemboja-Malaysia melepasi US$500 juta (US$1 = RM4.18) pada 2021, meningkat sebanyak 13.14 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut laporan, eksport Kemboja ke Malaysia berjumlah US$101 juta pada 2021, meningkat sebanyak 2.62 peratus daripada US$98 juta pada 2020 manakala import bernilai US$399 juta, melonjak sebanyak 16.16 peratus tahun ke tahun daripada US$343 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022

Ismail Sabri berucap pada Majlis Makan Malam bersama Keluarga Malaysia di Phnom Penh, Kemboja malam tadi, 23 Feb 2022. --fotoBERNAMA
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.