awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara catat pelaburan tertinggi sejak 2006 - Azmin

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/03/2022
15:41 MYT
Negara catat pelaburan tertinggi sejak 2006 - Azmin
Jelas Azmin Ali, negara kekal menjadi destinasi pelaburan menarik bagi pengembangan perniagaan global dan serantau. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan pelaburan tertinggi yang dicatatkan sejak 2006 dengan kelulusan projek berjumlah RM306.5 bilion dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan primer pada 2021.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, negara kekal menjadi destinasi pelaburan menarik bagi pengembangan perniagaan global dan serantau.
“Ini adalah rekod pelaburan tertinggi yang pernah diluluskan. FDI menyumbang hampir 68.1 peratus daripada pelaburan yang diluluskan berjumlah RM208.6 bilion pada 2021 iaitu peningkatan 224.9 peratus daripada RM64.2 bilion yang direkodkan pada 2020.
“Pelaburan penting ini adalah daripada sumber asing yang ketara, di mana lima sumber FDI teratas adalah dari Belanda, Singapura, China, Austria dan Jepun,” ujarnya.
Azmin berkata demikian pada sidang media tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2022, di Kuala Lumpur pada Selasa.
Beliau juga berkata jumlah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) melepasi jangkaan pada 2021, melonjak sebanyak 83.1 peratus berbanding 2020.
Menurutnya, FDI menyumbang hampir 68.1 peratus daripada pelaburan yang diluluskan berjumlah RM208.6 bilion pada 2021 iaitu peningkatan 224.9 peratus daripada RM64.2 bilion yang direkodkan pada 2020.
Pulau Pinang merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi tahun lepas sebanyak RM83.5 bilion, diikuti Kedah (RM68.3 bilion), Kuala Lumpur (RM37.7 bilion), Selangor (RM28.8 bilion) dan Sarawak (RM25.7 billon).
Jelas Azmin, kelima-lima negeri ini menyumbang 79.6 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2021.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#MITI
#pelaburan
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan