awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara masih kekurangan tenaga mahir - Nor Mohamed Yakcop

Tan Su Lin
Tan Su Lin
21/10/2015
15:27 MYT
Negara masih kekurangan tenaga mahir - Nor Mohamed Yakcop
NOR MOHAMED YAKCOP: Negara masih kekurangan tenaga mahir - Gambar fail
Isu membabitkan kekurangan tenaga mahir di Malaysia ini perlu ditangani segera bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara bergerak seiring dengan pembangunan modal insan di negara ini.
Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, latihan kemahiran yang disediakan ketika ini tidak mampu memenuhi permintaan serta keperluan industri.
Selain itu, menurut Nor Mohamed, masalah yang wujud antara agensi kerajaan perlu ditangani segera menerusi langkah penyelarasan membabitkan agensi yang terlibat.
"Malangnya latihan kemahiran yang dilaksanakan tidak mampu memenuhi permintaan industri. Kami telah mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu ini. Selain itu, kita perlu menyelaraskan fungsi serta peranan semua agensi bagi memastikan ia lebih berkesan," katanya ketika menghadiri sesi soal jawab "Transformasi Perusahaan Milik Kerajaan Negeri" sempena Forum Transformasi Global 2015 di ibu negara.
Pada masa sama langkah proaktif yang diambil kerajaan dalam membentuk kerjasama strategik antara sektor swasta dan awam terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negara ketika ini.
Selain itu, tambahnya lagi sistem dwi-perbankan yang diperkenalkan di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada perbankan Islam serta konvensional turut diiktiraf di peringkat global.
"Dari segi kerjasama antara sektor swasta dan awam, apa yang berkesan adalah negara berjaya membina infrastruktur bertaraf dunia. Ia sesuatu yang tidak dapat dinafikan."
"Kita juga mempunyai sistem dwi-perbankan yang rancak iaitu perbankan islam dan konvensional. Malah Malaysia muncul sebagai satu-satunya negara yang menggunakan sistem dwi-perbankan." katanya.
Topic Berkaitan
#bank
#Khazanah Nasional Berhad
#Nor Mohamed Yakcop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan