awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Musa diperintah bayar RM250,000 fitnah Hannah isu Kristianisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara mesti tingkatkan rantaian nilai untuk terus mampan, kata Mustapa

Bernama
Bernama
11/09/2013
00:45 MYT
Negara mesti tingkatkan rantaian nilai untuk terus mampan, kata Mustapa
Malaysia mesti menggerakkan rantaian nilainya melangkaui pembuatan dan pengeluaran untuk kekal mampan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata untuk mencapai matlamat ini, negara memerlukan pemimpin dengan pemikiran baharu, keupayaan yang lebih segar dan kemahiran khusus.
"Pemimpin kita mesti boleh mengenal pasti peluang global bagi meningkatkan rantaian nilai kita," kata beliau.
Mustapa berkata demikian pada majlis pelancaran rangkaian Siri Kepimpinan 2013, bertujuan memajukan pemimpin generasi akan datang.
Acara Siri Kepimpinan ini yang menarik 250 profesional muda, dianjurkan oleh GlobalNxt University dengan kerjasama Young Corporate Malaysians.
Terdahulu, Mustapa berkata pendidikan kekal sebagai pemboleh penting dan signifikan kepada perjalanan transformasi Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
GlobalNxt University, merupakan sebahagian daripada rangkaian Manipal Education ialah universiti berdaftar Malaysia, berpengkhususan dalam pendidikan dalam talian.
Young Corporate Malaysians ialah kelab perniagaan untuk profesional muda Malaysia, berusia antara 21 hingga 30 tahun.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mustapa Mohamed
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan