awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas

Bernama
Bernama
05/03/2021
09:49 MYT
Negeri Sembilan catat pelaburan diluluskan RM7.9 bilion tahun lepas
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) pada sidang media selepas Pasca Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri berkaitan COVID-19 di Wisma Negeri, hari ini. - Fpto BERNAMA
SEREMBAN: Negeri Sembilan merekodkan RM7.9 bilion jumlah pelaburan diluluskan melalui 162 projek bagi kesemua sektor pada tahun lepas berbanding RM6.1 bilion pada 2019.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata menurut data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), daripada jumlah itu, RM6.4 bilion disumbangkan sektor pembuatan dan perkhidmatan terpilih iaitu meningkat 75 peratus berbanding 2019.
Menurutnya, pelaburan berkenaan melibatkan pelaburan secara domestik dan asing selain menyediakan 5,823 peluang pekerjaan.
"Ia merupakan kedudukan terbaik bagi negeri ini. Walaupun jumlah pelaburan asing di Malaysia mengalami penurunan pada 2019, Negeri Sembilan mengalami peningkatan sebanyak RM3.8 bilion pada tahun lepas berbanding RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya.
"Walaupun terkesan dengan pandemik COVID-19, negeri ini mempunyai kelebihan tersendiri termasuk lokasi yang strategik, kemudahan infrastruktur yang baik dan kelulusan projek yang pantas menarik minat pelabur melabur di sini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri melalui pelbagai agensi pelaburan terus menggandakan usaha untuk mencapai jumlah sasaran pelaburan bernilai RM10 bilion pada tahun ini termasuk melalui pembukaan kawasan baharu.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata penganjuran bazar Ramadan dibenarkan di Negeri Sembilan pada tahun ini, namun ia akan beroperasi di kawasan yang lebih sesuai termasuk mengambil kira aspek penjarakan fizikal dan tempat meletakkan kenderaan bagi mengelakkan kesesakan.
Bagaimanapun katanya perkara itu bergantung kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara.
Namun, jika melihat kebenaran operasi pasar malam di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, beliau berkata tiada masalah untuk bazar Ramadan juga dibenarkan beroperasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#Menteri Besar Negeri Sembilan
#pelaburan di Negeri Sembilan
#Aminuddin Harun
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan