awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
AS rampas kapal tangki kelima terkait Venezuela di Laut Caribbean
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang catat penurunan perokok

Bernama
Bernama
09/01/2026
08:34 MYT
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Pelaksanaan larangan terhadap rokok elektronik diharap dapat menyumbang kepada penurunan lebih ketara terhadap tabiat merokok dalam kalangan rakyat negeri. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan penurunan prevalens perokok dewasa sebanyak 15.2 peratus atau bersamaan 196,558 orang berdasarkan dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS).
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen berkata penggunaan rokok elektronik atau vape juga lebih rendah, iaitu sekitar tiga peratus atau kira-kira 38,000 orang.
"Angka itu lebih rendah berbanding banyak negeri lain sekali gus menunjukkan usaha berterusan kerajaan negeri dalam penguatkuasaan, pendidikan kesihatan dan peningkatan kesedaran awam mula menunjukkan hasil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, Gooi berharap pelaksanaan larangan terhadap rokok elektronik dapat menyumbang kepada penurunan lebih ketara terhadap tabiat merokok dalam kalangan rakyat negeri ini pada masa hadapan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan syarikat penerbangan, terutamanya penerbangan antarabangsa dan pihak berkuasa lapangan terbang bagi memaklumkan larangan merokok di tempat awam di negeri itu.
"Penerbangan antarabangsa sudah lama memberi amaran tentang kesalahan serius seperti pengedaran dadah kepada penumpang dan kami mahu pengumuman serupa untuk mengingatkan merokok termasuk vape dilarang di kawasan ditetapkan termasuk di Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.
"Larangan itu selaras dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)," katanya.
Gooi berkata kerajaan negeri juga bersedia untuk mengikut sepenuhnya keputusan Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan larangan penjualan dan penggunaan vape.
Beliau berkata kerajaan negeri mengambil maklum pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bahawa satu memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan bagi tujuan melarang bukan sahaja penjualan, malah penggunaan rokok elektronik secara menyeluruh.
"Kerajaan negeri bersedia untuk bersama-sama dengan KKM. Sekiranya Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan larangan bukan sahaja terhadap penjualan tetapi juga penggunaan rokok elektronik, kita akan turut mengikut pelaksanaan tersebut,'' katanya.
Berhubung maklum balas pemain industri vape, Gooi berkata pelbagai sesi libat urus dan perbincangan telah diadakan pada peringkat negeri dan kementerian bagi memberi ruang kepada pandangan industri sebelum keputusan muktamad dibuat.
"Kita sedar industri ini mempunyai kepentingan ekonomi namun pandangan mereka telah didengar melalui sesi libat urus. Keutamaan terhadap kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi kerana rokok termasuk vape membawa risiko kesihatan serius dan kesan jangka panjang terhadap masyarakat serta sistem kesihatan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perokok
#tabiat merokok
#pulau pinang
#larangan merokok
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan