awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini

Bernama
Bernama
09/01/2026
08:44 MYT
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pelancong kini lebih cenderung kepada pengalaman "bermain" dengan ais dan salji, berbanding "melihat" pemandangan alam semula jadi pada masa dahulu. - AP
BEIJING: Seramai lebih 360 juta individu diunjurkan akan menyertai pelancongan ais dan salji di China pada musim sejuk 2025 hingga 2026, dan menjana pendapatan sebanyak RMB450 bilion (RM260.73 bilion), menurut laporan terkini Akademi Pelancongan China.
Di sebalik angka-angka yang memberangsangkan itu, terdapat juga perubahan baharu di sektor pelancongan ais dan salji di Negara Tembok Besar.
Menurut laporan itu, pelancong kini lebih cenderung kepada pengalaman "bermain" dengan ais dan salji, berbanding "melihat" pemandangan alam semula jadi pada masa dahulu.
Pada masa sama, mereka kini lebih rela berbelanja dalam acara hiburan dan kesihatan serta membeli barangan kreatif kebudayaan.
Selain itu, kebanyakan bandar di kawasan selatan China telah membina padang ski dalam bangunan. Oleh itu, pengguna tempatan tidak perlu melakukan perjalanan jauh ke kawasan utara negara ini untuk menikmati sukan ais dan salji. Contohnya bandar Shenzhen mempunyai padang ski dalam bangunan yang terbesar di dunia.
Laporan Akademi Pelancongan China juga menunjukkan bahawa semakin banyak pelancong asing, khususnya dari negara tropika datang ke negara ini untuk merasai keindahan ais dan salji.
Semasa cuti Tahun Baharu 2026, jumlah pelancong asing yang tiba di Harbin, timur laut China meningkat sebanyak 77.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim sejuk
#salji
#pelancong
#China
#jana pendapatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan