KUALA LUMPUR: Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Kempen itu turut menawarkan bantuan kewangan kepada badan amal dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bakal dipilih sendiri oleh peserta peringkat akhir.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad, Juan Aranols, kempen tersebut menjadi platform buat rakyat Malaysia merebut peluang bagi mencapai impian masing-masing.
"Gaji Seumur Hidup, ia merupakan satu kempen yang sangat unik yang kami lancarkan pada tahun 2020 iaitu semasa perintah kawalan pergerakan COVID-19.
“Dan kini merupakan peluang baik untuk membawa peraduan yang sangat menarik ini semula kepada rakyat Malaysia sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan,” katanya selepas majlis pelancaran edisi terbaharu peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup di ibu negara pada Isnin.
Turut hadir salah seorang pemenang hadiah utama pada edisi 2020, Amirrul Hafiz Razak yang berkongsi kisah bagaimana peraduan tersebut mengubah kehidupannya.
“Sebelum menyertai pusingan akhir peraduan pada 2020, hidup saya penuh dengan cabaran, lebih-lebih lagi ketika itu saya dan isteri sedang menantikan kelahiran anak sulung kami.
“Kemenangan ini merupakan rezeki yang tidak diduga, dan telah mengubah kehidupan saya dengan hadiah wang tunai yang mampu menyara hidup kedua ibu bapa, menjamin masa depan anak, membeli rumah impian serta terus menyokong pertubuhan amal yang menjalankan kerja-kerja murni,” ujarnya.
Bermula 1 Mei hingga 30 Jun tahun ini, kempen itu sekali lagi bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih daripada RM4 juta yang membawa manfaat kepada 850 individu bertuah.
Ia termasuk hadiah utama 'Gaji Sepanjang Hayat' RM3,500 bulanan untuk dua rakyat Malaysia yang bertuah, serta hadiah sagu hati yang menarik, hadiah mingguan dan hadiah harian.
Nestlé Malaysia turut menyumbang RM684,000 kepada 17 pertubuhan amal yang dipilih oleh 17 finalis yang menyertai peraduan tersebut.
“Kami telah memilih 17 badan amal ini yang meliputi keseluruhan negeri, jadi kami mempunyai badan amal dari Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, Kedah dan Selangor.
“Jadi kami akan sentiasa memastikan badan amal yang bekerjasama dengan kami mempunyai reputasi dan kredibiliti yang mantap,” kata Aranols.
Untuk menyertai peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, rakyat Malaysia hanya perlu membeli produk Nestlé terpilih bernilai RM20 dalam satu resit lalu hantar bersama nama penuh dan nombor pengenalan melalui WhatsApp atau borang web di www.dearnestle.com.my/borang-peraduan-gaji-seumur-hidup-2024.
Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat mengenai Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, sila layari www.dearnestle.com.my/gaji-seumur-hidup-2024.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar
Amzar Alif
Tue Apr 23 2024
Aranols bersama Pegawai Eksekutif Perniagaan, Cereal Partners Worldwide, Nestlé Malaysia & Singapura Norkhayati Mohamed Hashini semasa pelancaran peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup. - Gambar/ Nestlé
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.