awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air

Bernama
Bernama
21/05/2024
08:11 MYT
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Fadillah mengadakan sidang akhbar pada Forum Air Dunia (WWF) Kali Ke-10 2024 yang diadakan di Bali Nusa Dua Convention Centre (BNDCC), hari ini. - Foto Bernama
JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Beliau menyampaikan perkara itu kepada Menteri Air Palestin Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, semasa pertemuan dua hala di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia ke-10 yang berakhir hari ini, atas permintaan Mazen.
"Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.
"Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu," katanya kepada media Malaysia.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara berkenaan.
"Ini memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan pihak Palestin," katanya.
Menurut Fadillah, Malaysia telah menghantar sedikit bantuan kemanusian termasuk bekalan air botol untuk disalurkan ke Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Menteri Air Palestin
#pulihkan bekalan air
#Mazen Ghunaim
#pasca konflik di Semenanjung Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan