awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengumuman tarif Trump

Bernama
Bernama
04/04/2025
13:25 MYT
Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengumuman tarif Trump
Pada penutup hari ini, April 2025 susut kepada AS$3,105.20 setiap auns troy daripada AS$3,134.60 setiap auns troy yang dicatatkan semalam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif menutup minggu ini dengan lebih rendah, sejajar dengan harga emas antarabangsa berikutan pengumuman tarif pertengahan minggu Donald Trump, kata penganalisis.
Pengumuman tersebut mencetuskan jualan besar-besaran dalam ekuiti dan emas disebabkan ketidakpastian yang tinggi mengenai implikasi pergerakan tarif dengan harga emas jatuh ke tahap terendahnya dalam seminggu
Pada penutup hari ini, April 2025 susut kepada AS$3,105.20 setiap auns troy daripada AS$3,134.60 setiap auns troy yang dicatatkan semalam.
Mei 2025 berkurangan kepada AS$3,118.00 setiap auns troy berbanding AS$3,147.40 setiap auns troy sebelum ini.
Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 semuanya melemah kepada AS$3,126.80 setiap auns troy daripada AS$3,160.20 setiap auns troy.
Jumlah dagangan jatuh kepada 114 lot berbanding 191 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyempit kepada 141 kontrak daripada 262 kontrak.
Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 3 April, harga emas fizikal berada pada AS$3,118.10 setiap auns troy.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#niaga hadapan emas
#tarif AS
#ekonomi
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan