awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam

Luqman Hariz
Luqman Hariz
22/12/2017
11:04 MYT
Nilai Bitcoin jatuh 25 peratus dalam 24 jam
Trend penurunan Bitcoin turut disaksikan pada matawang digital lain. - REUTERS/Fail
Matawang digital terkenal dunia, Bitcoin menyaksikan nilainya susut 25 peratus dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Penurunan ini menghapuskan US$121 billion atau suku dari nilai keseluruhan permodalan pasarannya.
Harga Bitcoin jatuh serendah US$12,522.62 awal hari ini, 37 peratus lebih rendah dari paras puncak US$20,000 awal minggu ini.
Walaupun tiada punca tepat dikenal pasti bagi penurunan tersebut setakat ini, ia dijangka ekoran aktiviti penjualan secara besar-besaran menjelang cuti Krismas.
Trend penurunan ini juga dapat dilihat pada matawang digital lain, termasuk Ether, matawang digital kedua terbesar dunia selepas Bitcoin, yang susut 26 peratus sepanjang 24 jam lalu.
Manakala satu lagi matawang digital, Litecoin, jatuh 32 peratus dalam tempoh yang sama.
Bitcoin, yang mula diperkenalkan di pasaran dunia pada 2009, menarik perhatian tertinggi tahun ini selepas harganya meningkat 1,500 peratus sejak awal tahun.
Kenaikan drastik itu mengundang kritikan dari pelbagai pakar ekonomi, yang berkata ianya satu gelembung yang bakal runtuh kerana tidak mempunyai sebarang nilai sebenar seperti matawang atau emas.
Meskipun berdepan kritikan dan keraguan, populariti matawang digital itu yang semakin meningkat memaksa kerajaan dan bank pusat di serata dunia untuk membentuk kerangka penguatkuasaannya.
November lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kesemua platform perniagaan matawang digital di Malaysia akan diambil kira sebagai "institusi pelapor", yang mewajibkan mereka melaporkan kesemua transaksi kepada bank pusat.
Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, undang-undang tersebut akan berkuat kuasa tahun depan.
"Matawang digital akan menjadi norma baru. Kemunculan mata wang digital seperti yang diramalkan oleh sesetengah pihak, menandakan permulaan era baru bagi sektor kewangan.
"Selaku penguatkuasa, kami tidak boleh ketinggalan dengan perkembangan sebegini," kata Muhammad bulan lalu.
BACA: BNM mulakan langkah jadikan mata wang digital lebih telus
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#Bitcoin
#ether
#litecoin
#matawang digital
#muhammad ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan