KUALA LUMPUR: Eksport Malaysia melepasi paras RM1 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober 2021, berkembang 25.0 peratus berbanding tempoh yang sama 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM menjelaskan ini merupakan tempoh terpantas nilai eksport mencecah satu trilion yang pernah direkodkan.
Selaras dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan pertumbuhan dua angka 21.8 peratus kepada RM801.2 bilion.
Jumlah dagangan berkembang 23.5 peratus kepada RM1.8 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2020 seperti dilaporkan dalam Buletin Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Malaysia, Oktober 2021.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai eksport yang kukuh bagi sepuluh bulan pertama 2021 adalah sejajar dengan pemulihan ekonomi global.
"Pembukaan aktiviti ekonomi di lebih banyak negara menandakan permintaan luar yang lebih baik.
"Seiring dengan prestasi cemerlang, eksport pada Oktober 2021 mengekalkan momentum pertumbuhan yang stabil dan mengatasi prestasi September dengan satu lagi rekod tertinggi, bernilai RM114.4 bilion, meningkat 25.5 peratus tahun ke tahun," katanya dalam kenyataan bagi mengulas laporan itu di sini, pada Isnin.
Beliau berkata pertumbuhan itu didorong oleh eksport domestik dan eksport semula.
Eksport domestik berjumlah RM91.3 bilion dan menyumbang 79.8 peratus kepada jumlah eksport, berkembang 23.3 peratus manakala eksport semula pula mencatatkan RM23.2 bilion, meningkat 34.8 peratus berbanding Oktober 2020, katanya.
Beliau berkata import meningkat 27.9 peratus kepada RM88.2 bilion dan jumlah dagangan meningkat 26.5 bilion daripada RM160.1 bilion pada Oktober 2020 kepada RM202.6 bilion.
Mohd Uzir berkata lebihan dagangan pada Oktober 2021, dengan nilai RM26.2 bilion menjadikannya lebihan dagangan yang ke-18 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
"Selaras dengan pemulihan dalam aktiviti ekonomi domestik, prestasi bulan ke bulan eksport, import, jumlah dagangan dan lebihan dagangan juga mencatatkan pertumbuhan positif, masing-masing meningkat 3.2 peratus, 4.1 peratus, 3.6 peratus dan 0.5 peratus," katanya.
Beliau berkata pertumbuhan ini digambarkan melalui 173 daripada 255 kumpulan barangan untuk eksport menunjukkan peningkatan berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya manakala bagi import, 158 daripada 258 kumpulan merekodkan pertumbuhan positif.
DOSM juga melaporkan bahawa peningkatan eksport disumbangkan terutama oleh eksport yang lebih tinggi ke China (+RM3.5 bilion), diikuti Indonesia (+RM1.9 bilion), Australia (+RM1.6 bilion), Jepun (+RM1.5 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.4 bilion), Turki ( +RM1.4 bilion), Vietnam (+RM1.3 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.3 bilion), India (+RM1.0 bilion) dan Singapura (+RM1.0 bilion).
Sementara itu, China terus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan import (+RM4.4 bilion), diikuti Singapura (+RM3.6 bilion), Republik Korea (+RM2.1 bilion), Taiwan (+RM2.1 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.7 bilion), Indonesia (+RM1.6 bilion) dan Amerika Syarikat (+RM1.4 bilion).
"Peningkatan eksport didorong oleh keluaran petroleum (+RM5.5 bilion); barangan perkilangan logam (+RM4.6 bilion); barangan elektrik dan elektronik (+RM3.4 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.5 bilion); minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasakan minyak kelapa sawit (+RM1.9 bilion); gas asli cecair (+RM1.5 bilion); barangan perkilangan berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.3 bilion) dan jentera, kelengkapan dan peralatan (+RM1.2 bilion).
"Sementara itu, kenaikan import dicatatkan bagi barangan elektrik dan elektronik (+RM8.0 bilion); keluaran petroleum (+RM4.0 bilion); kimia dan bahan kimia (+RM2.0 bilion); barangan besi dan keluli (+RM815.4 juta); dan minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasakan minyak kelapa sawit (+RM625.9 juta)," jelas DOSM.
Pertumbuhan import bagi penggunaan akhir disokong oleh kenaikan permintaan bagi barangan perantaraan, barangan modal dan barangan penggunaan.
DOSM juga menambah, import barangan perantaraan (54.7 pertatus daripada jumlah import) berjumlah RM48.2 bilion, meningkat RM12.5 bilion atau 35.1 peratus.
"Barangan modal (9.4 peratus daripada jumlah import) mencatatkan kenaikan 15.1 peratus daripada RM7.2 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM8.3 bilion. Import barangan penggunaan yang berjumlah RM7.0 bilion, meningkat 10.8 peratus berbanding Oktober 2020, dan merangkumi 7.9 peratus daripada jumlah import," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Selaras dengan prestasi eksport, import juga mencatatkan pertumbuhan dua angka 21.8 peratus kepada RM801.2 bilion. - Gambar fail/BERNAMA
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.
Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered
Secara amnya perkembangan itu akan hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).
Kemasukan Malaysia dalam senarai manipulator mata wang mungkin helah Washington - Pakar
Ia dijangka tidak memberi kesan ketara memandangkan negara ini memiliki dasar perdagangan yang baik, reputasi ekonomi, serta keseimbangan luaran yang besar.
Matrade wujudkan semula geran pembangunan
Matrade mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantungkannya tahun lepas.