awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera pembantu rumah: Wanita dan anak lelaki ditahan

Bernama
Bernama
08/12/2025
08:45 MYT
Dera pembantu rumah: Wanita dan anak lelaki ditahan
Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya kerana disyaki mendera pembantu rumah warga tempatan di Gombak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya kerana disyaki mendera pembantu rumah warga tempatan di Gombak, di sini.

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya disyaki mendera pembantu rumah di Gombak; mangsa berusia 22 tahun kini ditempatkan di rumah perlindungan.
  • Mangsa yang tidak dibayar gaji sejak September mempunyai kesan luka pada badan dan lengan.
  • Siasatan lanjut dijalankan mengikut undang-undang berkaitan; orang awam diminta beri maklumat pada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata suspek warga tempatan berusia 57 dan 30 tahun itu direman sehingga 11 Dis bagi membantu siasatan.
Beliau berkata mangsa yang berusia 22 tahun bekerja di rumah suspek sejak September kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.
"Wanita itu stabil dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada beberapa bahagian badan dan melecur pada lengan.
"Mangsa juga memaklumkan tidak dibayar gaji sepanjang bekerja," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata mangsa membuat laporan pada 8.38 malam Sabtu, selepas dapat melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.
Beliau berkata siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi ASP Ikhwanizam Ismail menerusi talian 019-600 0468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-6126 2222.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#dera pembantu rumah
#wanita dan anak ditahan
#polis Gombak
#tidak dibayar gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan