KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat sebanyak 2.5 peratus tahun ke tahun kepada RM1.03 trilion bagi tempoh tujuh bulan pertama 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Bagi tempoh sama, bilangan pekerja bertambah sebanyak 1.7 peratus kepada 2.34 juta orang manakala gaji dan upah tumbuh sebanyak 3.8 peratus kepada RM56.6 bilion.
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata nilai jualan dicatatkan oleh setiap pekerja pula merekodkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.8 peratus berjumlah RM441,255.
Selain itu, bagi asas bulanan, beliau berkata nilai jualan sektor pembuatan itu susut sebanyak tiga peratus kepada RM144 bilion pada Julai 2023.
"Nilai jualan sektor pembuatan merosot untuk bulan kedua berturut-turut pada Julai 2023, mengecil kepada negatif 3.0 peratus tahun ke tahun daripada negatif 4.0 peratus pada bulan sebelumnya," katanya.
Mohd Uzir berkata, penurunan tersebut dipengaruhi terutamanya oleh subsektor petroleum, kimia, getah dan plastik yang mencatatkan penyusutan berterusan kepada negatif 15.3 peratus pada bulan tersebut (Jun 2023: -12.4 peratus) selain penguncupan subsektor makanan, minuman dan tembakau (-7.8 peratus) dan kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (-0.6 peratus).
Bagi perbandingan dengan bulan sebelumnya, nilai jualan menurun sebanyak 2.4 peratus berbanding RM147.4 bilion yang direkodkan pada Jun 2023 (0.4 peratus).
"Nilai jualan industri berorientasikan eksport yang merangkumi 72.1 peratus daripada jumlah jualan, terus merosot sebanyak 7.0 peratus pada Julai 2023 (Jun 2023: -7.4 peratus) disebabkan terutamanya oleh industri pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-25.6 peratus); pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran serta haiwan (-18.5 peratus) dan pembuatan produk getah (-10.8 peratus)," katanya.
"Namun begitu, prestasi industri berorientasikan domestik kekal menggalakkan, mencapai 9.2 peratus pada Julai 2023 berbanding 6.8 peratus pada Jun 2023 yang seterusnya mengurangkan impak kemerosotan dalam industri berorientasikan eksport," katanya.
Beliau berkata, momentum stabil bagi industri berorientasikan domestik itu disokong terutamanya oleh pertumbuhan kukuh dalam nilai jualan bagi industri pembuatan kenderaan bermotor, treler dan dan separa treler yang mencatat 22.0 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023
Mohd Uzir berkata nilai jualan dicatatkan oleh setiap pekerja pula merekodkan pertumbuhan marginal sebanyak 0.8 peratus berjumlah RM441,255. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.